by Airin Safaarina Madrus (39697)
Aplikasi
Second Life adalah satu aplikasi
yang menerajui dunia 3D dengan membawa identiti pengguna untuk menjadi siap
sahaja yang mereka mahu dan menjadikan apa yang diimpikan satu kenyataan dalam
alam maya. Malah, mereka juga boleh membina atau menjual apa sahaja yang
dibayangkan dalam aplikasi ini (Linden Lab, 2003).
Second
life ini ditubuhkan oleh syarikat Linden Lab pada tahun 2003 dan sudah dilayari
sehingga berjuta-juta penguna. Kini, kira-kira sehingga berbilion-bilion dollar
telah diperolehi oleh pengguna internet dalam perniagaan online melalui dunia
3D ini.
Second
life adalah merupakan salah satu aktiviti yang boleh memberikan kesan yang
positif kepada pengguna. Selain daripada mencari kehidupan yang lebih bebas dan
tidak berpegang kepada peraturan dan undang-undang, aktiviti ini juga boleh
menjadi satu hobi yang berguna kepada pengguna aplikasi. Second life dapat
memberi peluang kepada pengguna untuk menjadikan hobi mereka satu pendapatan
sampingan dalam kehidupan. Berlainan dengan aplikasi lain seperti facebook,
whatsapp, wechat dan sebagaiya, aplikasi ini memberikan satu gambaran yang
jelas kepada pengguna untuk memilih rakan dan membina kehidupan mereka yang
lebih selesa di alam maya.
Walaubagaimanapun,
aplikasi ini juga mendatangkan perkara negatif kepada pengguna. Antaranya,
pengguna akan ketagih untuk terus melayari aplikasi tersebut tanpa memikirkan
masa rehat mereka. Waktu yang diluangkan di hadapan komputer akan memberi kesan
kepada otak untuk berfungsi dengan baik. Akibat daripada perkara tersebut, ia
memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Malah, sedikit demi sedikit akan
menarik kebahagian masyarakat di dunia yang sebenar. Oleh hal yang demikian, pada
pendapat anda, adakah perkembangan teknologi daripada aplikasi ini akan
mengubah identity dan corak kehidupan masyarakat sebenar?
Apakah pendapat anda berkaitan Second Life?
Rujukan :
David Kurt
Herold. 2012. Second Life and Academia
– Reframing the
Debate between Supporters and Critics. Journal of Virtual Worlds Research Vol.5, No.1.