by Airin Safaarina Madrus (39697)
Aplikasi
Second Life adalah satu aplikasi
yang menerajui dunia 3D dengan membawa identiti pengguna untuk menjadi siap
sahaja yang mereka mahu dan menjadikan apa yang diimpikan satu kenyataan dalam
alam maya. Malah, mereka juga boleh membina atau menjual apa sahaja yang
dibayangkan dalam aplikasi ini (Linden Lab, 2003).
Second
life ini ditubuhkan oleh syarikat Linden Lab pada tahun 2003 dan sudah dilayari
sehingga berjuta-juta penguna. Kini, kira-kira sehingga berbilion-bilion dollar
telah diperolehi oleh pengguna internet dalam perniagaan online melalui dunia
3D ini.
Second
life adalah merupakan salah satu aktiviti yang boleh memberikan kesan yang
positif kepada pengguna. Selain daripada mencari kehidupan yang lebih bebas dan
tidak berpegang kepada peraturan dan undang-undang, aktiviti ini juga boleh
menjadi satu hobi yang berguna kepada pengguna aplikasi. Second life dapat
memberi peluang kepada pengguna untuk menjadikan hobi mereka satu pendapatan
sampingan dalam kehidupan. Berlainan dengan aplikasi lain seperti facebook,
whatsapp, wechat dan sebagaiya, aplikasi ini memberikan satu gambaran yang
jelas kepada pengguna untuk memilih rakan dan membina kehidupan mereka yang
lebih selesa di alam maya.
Walaubagaimanapun,
aplikasi ini juga mendatangkan perkara negatif kepada pengguna. Antaranya,
pengguna akan ketagih untuk terus melayari aplikasi tersebut tanpa memikirkan
masa rehat mereka. Waktu yang diluangkan di hadapan komputer akan memberi kesan
kepada otak untuk berfungsi dengan baik. Akibat daripada perkara tersebut, ia
memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Malah, sedikit demi sedikit akan
menarik kebahagian masyarakat di dunia yang sebenar. Oleh hal yang demikian, pada
pendapat anda, adakah perkembangan teknologi daripada aplikasi ini akan
mengubah identity dan corak kehidupan masyarakat sebenar?
Apakah pendapat anda berkaitan Second Life?
Rujukan :
David Kurt
Herold. 2012. Second Life and Academia
– Reframing the
Debate between Supporters and Critics. Journal of Virtual Worlds Research Vol.5, No.1.
Saya tidak berapa setuju dengan kewujudan second life ini kerana bagi saya ia memberi kesan yang negatif seperti pemalsuan identiti. Memang betul dia memberi peluang kpd kita utk menjadi individu yang kita inginkan seperti di dunia realiti, tapi nampak sangat la yg kita ni tidak yakin dengan diri sendiri dan tidak menghargai apa yg telah kita miliki sekarang.
ReplyDeleteYa..betul. saya juga turut tidak bersetuju dengan kemunculan aplikasi second live ini. hal ini demikian kerana, bagi saya aplikasi jenis ini banyak memberikan kesan yang buruk terhadap pengguna aplikasi tersebut. kesan buruk yang saya maksudkan di sini adalah cenderung untuk mengalami masalah kesihatan. Hal ini berikutan kerana, pengguna yang menggunakan aplikasi second life ini sering menghabiskan masa dengan berjaga setiap malam hingga ke pagi hanya di depan skrin komputer atau laptop sahaja tanpa tidur dan makan yang cukup. situasi ini akan menyebabkan masalah kesihatan terutamanya masalah tidur dan rehat yang tidak mencukupi.
ReplyDeletekewujudan aplikasi atau laman web Second Life ini sememangnya membawa lebih banyak kesan negatif berbanding kesan positif. Jika dilihat melalui video tersebut, kesemua individu yang terlibat dalam Second Life ini telah memberi kesan yang buruk dalam kehidupan mereka. Mereka seolah-olah keliru dengan kehidupan realiti dan kehidupan alam maya mereka. Saya berharap agar masyarakat tidak terlalu terjebak dengan laman web ini.
ReplyDeletekebaikan mengunnakan second life yang saya baik ialah second life dapat memberi pertolongan kepada mereka yang hidup bersendiri dan tidak mempunyai pasangan untuk mencari mencari pasangan dengan lebih cepat dan mudah.
ReplyDeletekeburukan second life yang saya dapat kenalpasti ialah boleh berlaku penipuan siber. identiti dalam second life boleh direka dan ini sangat tidak patut untuk berlaku.
Pada pendapat saya, kemunculan aplikasi second life memberi kesan negative daripada positif kerana aplikasi ini membolehkan pengguna mewujudkan identiti kedua mereka dan identiti ini tidak wujud dalam dunia yang nyata. Identity ini hanya wujud dalam dunia maya sahaja menyebabkan pengguna banyak menghabiskan masa di hadapan skrin komputer mereka sahaja untuk memastikan identity mereka ini terus hidup. Keadaan ini memberi impak kepada kehidupan sosial mereka sehingga mereka tidak keluar bergaul dengan orang lain seperti kawan-kawan, berpesatuan dan sebagainya menyebabkan pergerakkan mereka terbatas. Kehidupan mereka hanya berlaku dalam sebuah bilik dan hanya menghadap komputer sahaja.
ReplyDeleteSaya turut tidak bersetuju dengan kewujudan second life. hal ini kerana, bagi saya second life ini banyak memberi kesan negatif kepada penggunanya berbanding kesan positif walaupun ramai yang mengatakan aplikasi second life ini dapat memuaskan hati penggunanya. namun pada masa yang sama aplikasi ini boleh membuatkan seseorang itu hanyut dengan second life kerana ibarat berada di alam maya atau pun tiada kehidupan yang realiti.
ReplyDeleteTerdapat bai dan buruk penggunaan aplikasi second life ini, kebaikan adalah pengguna akan diberi peluang kedua terutamanya yang tidak berani untuk berhadapan dengan dunia realiti manakala keburukan aplikasi ini adalah pengguna berkemungkinan akan ditipu.
ReplyDeleteKewujudan aplikasi second life ini lebih banyak membawa kepada keburukan berbanding kebaikan. Meskipun aplikasi ini memberi peluang kedua kepada kita untuk memilih cara hidup kita namun perkara tesebut hanya sekadar permainan di alam maya. Aplikasi ini boleh menybabkan seseorang itu hanyut dengan dunia yang mereka cipta sehinggakan lupa kepada dunia realiti mereka.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI think that for those who want to 'run' from the real world Second Life is the best escape from them.I mean who doesnt to be whatever they want which they unable to do in reality.People is also free to be imaginative and expressive. Thus,we should not just look at the negative aspect of it because for certain people they gain benefit from Second Life.
ReplyDeleteAs for me, I would prefer to look at the good side of Second Life because everyone has their own imagination and it is not wrong to dream, it's free! As long as it does not harm other people's life, it is okay because we have our own right. Hence, it is not wrong if we want to become other people in second life, but what matters is that we should know how to differentiate between reality and imagination. It does not matter whether we become ourselves or someone else because people will tell you to be yourselves but then they will judge you.
ReplyDelete