Saturday, 4 April 2015

Wartawan Warga : Kebebasan Bersuara atau Penentangan?

Disediakan oleh : Nurlaylah Binti Lai

Salam girls, entry pada kali ini berkenaan Wartawan Warga atau lebih dikenali sebagai Citizen journalist. Apa itu wartawan warga?... Menurut Charmil Wariya, Wartawan Warga ialah individu yang menyebarkan dan menyalurkan maklumat baik berbentuk laporan berita dan penulisan artikel oleh individu-individu atau organisasi media yang bebas daripada pengaruh, kepentingan dan pemilikan badan-badan kerajaan atau atau mana-mana parti politik serta pelabur yang lain. Oleh itu, sesiapa saja boleh menjadi wartawan warga dan kita turut tidak terkecuali asalkan berita yang kita sampaikan itu adalah fakta bukan auta.


Kemunculan wartawan warga ini adalah seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana sesiapa saja boleh menjadi penyampai maklumat tanpa disekat atau dihalang. Hal ini ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi  dan penggunaan laman sosial yang semakin meluas sehingga membolehkan maklumat disampaikan dalam masa sesaat sahaja. Wow amazing!!

Namun, persoalannya di sini adakah kewujudan Wartawan Warga ini memberi sumbangan positif dalam penyebaran maklumat atau lebih kepada negatif?. Bagi pandangan admin, ianya mempunyai pro dan kontra. Jika dilihat dari sudut yang positif, kemunculan Wartawan Warga ini dalam bidang kewartawanan telah memberi sumbangan kepada corak penyampaian maklumat. Hal ini demikian masyarakat menjadikan berita yang disaampaikan oleh Wartawan Warga ini sebagai sumber alternatif untuk mendapatkan laporan berita dari sudut yang berbeza atau yang tidak dilaporkan oleh media arus perdana. Oleh itu, masyarakat boleh mendapatkan laporan berita yang tidak terhad kepada laporan wartawan media arus perdana sahaja. Tambahan lagi, ia turut menjadi medium kebebasan bersuara kepada masyarakat seiring dengan demokrasi liberal yang diamalkan oleh negara.


Manakala dari sudut negatif pula admin berpendapat bahawa terdapat sesetengah Wartawan Warga ini mempunayai agenda mereka yang tersendiri. Sama ada mereka ingin menegakkan kebenaran atau lebih kepada penentangan. Mengapa admin berkata demikian?..Hal ini kerana, terdapat Wartawan Warga yang menyalurkan berita mengikut pandangan atau ideologi mereka sendiri sehingga wujudnya bias dalam laporan mereka. Selain itu, mereka juga bertindak agresif sehingga menimbulkan kekacawan. Tambahan lagi, mereka juga melaporkan berita tanpa bersandarkan fakta yang tepat tetapi lebih kepada menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan tanpa terlebih dahulu menyiasat akan kesahihan maklumat yang diterima. Sebagai contoh, pada 28 Disember 2010, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim telah menyaman blogger Amizudin Ahmad kerana entrynya yang bertajuk Hei Pak Menteri….mana mahu lari menuduh bahawa menteri tersebut telah mencabuli pembantu rumahnya. Contoh lain, Datuk Anwar Ibrahim menyaman Papagomo @ Wan Muhammad Azri Wan Deris kerana memfitnah dengan memuatnaik video liwat ketua pembangkang pada ketika itu di laman blognya. Hal ini sedikit sebanyak menggugat kredibiliti Wartawan Warga.

Melihat aspek persamaan antara Wartawan Warga dan Wartawan Arus Perdana kedua-duanya mempunyai tujuan dan tugas yang sama iaitu ingin menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Apa yang penting adalah cara ketika mereka menyampaikan maklumat tersebut perlulah mengikut etika kewartawanan yang sebenar iaitu bersandarkan kepada fakta, membuat siasatan terlebih dahulu berkenaan kesahihan fakta tersebut, menemubual dan menulis laporan.

Secara holistiknya, dapat dirumuskan bahawa kemunculan Wartawan Warga ini membawa kepada sudut yang positif dan negatif. Etika kewartawanan perlu dipatuhi agar kepercayaan masyarakat terhadap berita yang dilaporkan tidak diragui baik Wartawan Warga atau Wartawan Arus Perdana.

“I believe what I see, I see what I believe

Rujukan :
Wariya, C (2012) Kewartawanan dan Media Era Digital Isu-Isu Semasa. SPC, Selangor :
            Bandar Puncak Alam.



11 comments:

  1. Wartawan warga merupakan induvidu yang tidakterikat dengan mana-mana organisasi media, mereka bebas dalam menyampaikan maklumat dan menyebarkan maklumat. Wartawan warga melibatkan proses mengumpulkan ,menyelidik,melaporkan,menganalisis dan menyiarkan berita dan maklumat pelbagai peralatan teknologi yang boleh akses kepada kemudahan internet.
    Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mengenalpasti sama ada maklumat yang didapati di media baru adalah betul ataupun salah. Maka, kemunculan wartawan warga hanya mampu memberi perspektif baru kepada masyarakat untuk menilai sesuatu isu. Wartawan warga telah menjadi sesuatu aspek baru dalam bidang kewartawanan. Mereka mempunyai keupayaan untuk mengubah pemikiran masyarakat dengan melaporkan apa-apa sahaja yang tidak dilaporkan oleh wartawan sebenar. Sehubungan itu, wartawan warga di media baru bertanggungjawab untuk mengamalkan etika kewartawanan dan menunjuk bahawa sumber maklumatnya adalah tepat, sahih dan boleh dipercayai.

    Secara ringkasnya, masyarakat dan pengguna media baru atau media sosial perlu berfikiran rasional dalam menganalisis dan menilai maklumat yang disebarkan oleh wartawan warga di media baru. Pada masa yang sama, wartawan warga juga harus memaksimumkan penggunaan media baru untuk manfaat sejagat dan tidak menyalahgunakan kebebasan melalui media baru.

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, kewujudan Wartawan Warga atau pun Citizen Journalist ini memberi lebih banyak impak negatif berbanding impak positif. Ini kerana, setiap individu bebas menulis apa sahaja yang mereka fikirkan atau inginkan tanpa memikirkan akibat daripada peulisan tersebut. Lihat saja di laman-laman sosial, setiap post mengenai apa-apa sahaja berita terkini, akan ada komen-komen yang tidak berasas atau pun komen-komen yang negatif yang hanya menulis apa sahaja yang terlintas di benak mereka tanpa menyiasat terlebih dahulu sama ada apa yang mereka tulis itu benar atau sebaliknya. Kewujudan wartawan warga menjadikan setiap individu ingin menulis tetapi tidak semua yang mereka tulis itu benar dan tepat, kita tidak memerlukan berita yang tidak sahih sumbernya kerana ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembaca.

    ReplyDelete
  3. pendapat saya sama seperti ros mini, dengan kebebasan wartawan warga menulis apa yang mereka inginkan akan menyebabakan pelbagai masalah yang wujud, tambahan lagi dengan sewenang-wenangnya mengutarakan komen-komen negatif akan lagi menambahkan masalah. oleh itu, sebagai pengguna media, haruslah memainkan peranan untuk menilai sama ada maklumat yang disebarkan adalah benar.

    ReplyDelete
  4. Ya..saya juga turut bersertuju bahawa kemunculan wartawan warga masa kini seperti cendawan tumbuh selepas hujan mampu memberikan kesan yang negatif. Hal ini demikian kerana, sumber dan kesahihan sesuatu berita yang dikeluarkan adalah tidak jelas. mereka bebas menulis sesuatu berita atau informasi tanpa mengira kesahihan berita tersebut sama ada betul ataupun tidak. Apabila situasi ini berlaku maka orang ramai akan mudah membuat kesimpulan atau menilai sesuatu perkara berdasarkan kritikan negatif daripada orang lain. Hal ini jelas akan menimbulkan pelbagai masalah dan kekeliruan terhadap pembaca. Oleh sebab itu, kita sebagai pembaca haruslah bijak dalam membuat sesuatu penilaian berkaitan kesahihan berita atau informasi yang ditulis oleh wartawan warga tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya, jumlah peningkatan wartawan warga itu tidak menjadi masalah atau memberi kesan yg negatif selagi wartawan warga mematuhi etika kewartawanan yg sebenar dalam menyampaikan informasi kepada masyarakat.

      Delete
  5. Kemunculan wartawan warga bagi pendapat saya adalah sesuatu yang bagus. Hal ni kerana, mereka meletakkan hobi penulisan di sudut yang positif malah dapat memberi maklumat yang berguna kepada pembaca. Malahan, pengguna media dapat mempelajari maklumat yang baru dari sudut pandangan yang berbeza daripada penulisan Wartawan Arus Perdana. Walaubagaimapun, apa yang menjadikan ianya sesuatu yang negative adalah kepuasan dalam menulis kadang kala berunsurkan pengaruh pemikiran mereka sendiri. Ini memberikan satu pandangan yang negative kepada pembaca. Maklumat yang diperolehi seharusnya tidak hanya mengikut kata hati dan jiwa wartawan tetapi seharusnya mempunyai fakta tepat yang dikaji dalam sesuatu isu. Mereka tidak seharusnya menetapkan diri mereka sama seperti Wartawan Arus Perdana yang telah ditetapkan pemikiran oleh orang atasan. Seharusnya, wartawan warga menjadi titik rujukan yang kedua kepada masyarakat dengan maklumat yang benar dan tepat dengan tidak dikuasai oleh pemikiran yang terpesong.

    ReplyDelete
  6. Pada pendapat saya, kemunculan wartawan warga memberi kesan yang positif dan juga negatif. Saya berpendapat sedemikian kerana wartawan warga dapat menjadi mata dan telinga orang ramai melalui berita-berita yang disampaikan oleh mereka. Orang ramai dapat meluaskan pandangan dan pemikiran mereka mengenai sesuatu berita yang di keluarkan oleh wartawan warga dan mereka juga dapat menambah ilmu dan pengetahuan mengenai sesuatu isu yang diutarakan. Namun dari sapek negatif, terdapat juga wartawan warga mengeluarkan sesuatu berita palsu sehingga menyebabkan fitnah berlaku terhadap pihak tersebut. Keadaan ini boleh menyebabkan maruah sesuatu pihak menjadi buruk malahan kekacauan boleh berlaku sekiranya sesuatu berita palsu dikeluarkan. Ia boleh menyebabkan kekacauan dan huru hara berlaku sekiranya berita palsu tersebut dipercayai dan diterima oleh semua pihak. Oleh itu, wartawan warga harus memikirkan kesan terhadap berita yang mereka keluarkan dan bertindak sebagai seorang wartawan yang jujur kerana mereka menjadi mata dan telinga orang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan pendapat saudari...seperti yg saya katakan sesiapa sahaja boleh menjadi pemberi infomasi baik wartawan perdana atau wartawan warga asalkan dia mengikuti etika kewartawanan yang sebenar iaitu bersandarkan kepada fakta, membuat siasatan terlebih dahulu berkenaan kesahihan fakta tersebut, menemubual dan menulis laporan.

      Delete
  7. Jika hendak menjadi wartawan warga..seseorang itu haruslah bersikap jujur dan sentiasa menyampaiakan maklumat yg betul..tidak kisah jika wartawan ini seperti cendawan tumbuh.. Namun apa yg penting ialah maklumat yg mereka sampaikan. Seperti yang nurlaylah katakan.. Sesiapa sahaja boleh menjadi pemberi informasi

    ReplyDelete
  8. Bagi saya kewujudan warga tidak menggugat golongan wartawan yang ada pada hari ini. Jika kita lihat, golongan wartawan warga ini hanyalah mengulas sesuatu berita yang ditulis oleh golongan wartawan yang profesional. Wartawan warga tidak seharusnya di gelar wartawan kerana mereka tidak memahami etika kewartawanan sama seperti yang telah dipelajari dan difahami oleh wartawan profesional

    ReplyDelete
  9. Pada pendapat saya, kewujudan wartawan warga memberi kesan yang positif ddan juga negatif. Namun disebabkan sikap yang tidak bertanggungjawab dalam sesetengah masyarakat menyebabkan kewujudan wartawan warga lebih banyak impak negatif. Hal ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang senang berkongsikan sesuatu berita tanpa memastikan berita tersebut sahih atau tidak dan telah menimbulkan konflik antara satu sama lain.

    ReplyDelete