Sunday 5 April 2015

Internet dan negara Islam: Iran dan Malaysia

Dipos oleh: Mayah Sufiautami Jusman (36883)
Pembangunan pesat dalam dunia teknologi telah mempercepatkan lagi komunikasi di antara individu lebih-lebih lagi dengan akses internet yang semakin laju. Kelajuan internet pada hari ini telah menimbulkan isu di negara Islam iaitu Iran. Farouf Johari (2014), menyatakan Nasser Makarem Shirazi seorang ulama tertinggi Iran telah mengeluarkan fatwa bahawa internet berkelajuan tinggi dan 3G adalah bertentangan dengan syariat islam. Isu ini telah dibangkitkan kerana pada pandangan beliau internet berkelajuan tinggi ini akan merosakkan nilai moral manusia disebabkan sifat internet yang tidak ditapis. Fenomena ini telah mencetuskan kontroversi di antara golongan pemerintah iaitu Presiden Iran sendiri Hassan Rouhani dan para ulama, ahli-ahli agama, serta Pegawai Keselamatan Iran. Hassan Rouhani yang ingin menambahkan kelajuan internet di negara tersebut telah mendapat tentangan daripada golongan konservetif yang berpendapat bahawa internet ini akan merosakkan akhlak dan akidah masyarakat.
Nasser Makarem Shirazi

Hassan Rouhani

Di Malaysia, isu ini tidak timbul walaupun  Malaysia merupakan negara Islam. Menurut Abu Bakar Yang (n.d), umat Islam yang menolak arus perkembangan ini hanya akan membuatkan kita mundur setapak disebabkan penggunaannya di setiap bidang dan menerima perkembangan internet ini secara keseluruhannya akan mengundang kepada keruntuhan nilai-nilai yang telah diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Maka, umat Islam perlulah menilai kembali kegunaan internet dalam mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan.
Umat islam boleh menyebarkan syiar Islam ke seluruh dunia tanpa perlu menjelajah dan ini dapat menjimatkan masa dan kos. Internet juga boleh dijadikan sebagai medium dakwah yang efektif kerana pendekatan baru seperti ini dapat menarik minat golongan muda yang hidup dalam dunia teknologi untuk mendalami agama Islam. Ianya juga boleh dijadikan sumber maklumat dan ilmu Islam, menjadi wadah untuk bermuzakarah sesama umat Islam di serata dunia, bahkan juga boleh dimanfaatkan untuk pasaran perdagangan sesama Muslim seluruh dunia (Abu Bakar Yang, n.d). Menurut Bunt dan Roy (dalam Larsson, 2011), umat Islam dari pelbagai jenis etnik , bahasa, latar belakang politik telah menggunakan Internet untuk membincangkan Islam dan hal ehwal Islam dan atas sebab-sebab apologetik atau polemik. Ini membuktikan bahawa internet buklanlah satu teknologi yang menjatuhkan martabat sesebuah agama khususnya agama Islam.

Kesimpulannya, isu internet yang dikaitkan dengan agama ini adalah tidak baik kerana isu penggunaan internet terletak sepenuhnya di tangan pengguna internet. Pengguna internet yang menentukan baik buruk internet tersebut kerana ianya bergantung sepenuhnya dengan tujuan seseorang menggunakan internet.


Rujukan:

Abu Bakar Yang. (n.d). Cabaran Teknologi Maklumat Dan Internet Agenda Umat Islam. Retrieved from
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7148-cabaran-teknologi-maklumat-dan-internet-agenda-umat-islam

Farouq Johari, (2014). "Internet Kelajuan Tinggi Bertentangan Dengan Syariat Islam" Fatwa Terbaru ulama Iran. Says. com. Retrieved from 
http://says.com/my/news/internet-kelajuan-tinggi-bertentangan-dengan-syariat-islam-fatwa-terbaru-ulama-iran

Larsson, G. (2011). Muslims and the new media. England: Ashgate Publishing Limited Wey Court East. 

12 comments:

  1. Penggunaan internet yang berkelajuaan tinggi atau sebaliknya adalah bergantung kepada keaadaan induvidu terbabit sama ada menggunakan internet untuk kebaikan atau keburukan. Hal ini kerana kita susah untuk menghalang seseorang induvidu untuk mengases internet untuk tujuan tertentu dan seseorang itu haruslah mendidik diri untuk menggunakan internet bagi melakukan perkara yang baik.Pada pendapat saya, kelajuan internet bukanlah suatu masalah besar yang boleh dikaitkan dengan masalah moral. Perbuatan yang dikaitankan dengan masalah moral ini adalah bergantung kepada perbuatan induvidu terbabit.

    ReplyDelete
  2. bagi pendapaat saya, dengan kecangihan teknologi masa kini telah banyak memberi kemudahan kepada semua penggunanya. begitu juga dengan isu internet yang dikaitkan dengan agama sama sekali tidak akan dapat meruntuhkan akhlak dan akidah seseorang. hal ini kerana, perkara seperti itu berlaku adalah disebabkan pengguna internet itu sendiri. pengguna itu sendiri harus mendidik dirinya untuk menggunakan internet dengan kegunaan yang berfaedah sahaja. bagi saya, kelajuan yang inigin ditambahkan oleh Hassan Rouhani tidak seharusnya ditentang sama sekali kerana dengan kelajuan internet yang ditambahkan oleh beliau akan lagi memudahkan penggunanya untuk melakukan perkara-perkara sepatutnya. jatuhnya akhlak dan akidah seseorang tidak kena-mengena dengan kelajuan internet, semua itu bergantung pada individu tersebut mendidik dirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dgn kenyataan awak. Memang betul pilihan terletak kepada pengguna semasa melayari internet dan bagi saya juga agak sukar untuk pihak lain mengawal aktiviti internet individu lain. Jika dilihat dari segi isu keruntuhan akhlak, saya juga bersetuju bahawa internet bukanlah satu-satunya medium yang meruntuhkan akhlak seseorang individu

      Delete
  3. Menjaga maruah agama itu sangat diambil berat pada masa kini. Tetapi apabila menglibatkan internet dan agama sehingga menimbulkan isu haram kepada masyarakat Islam mungkin sesuatu yang tidak boleh diterima dek akal manusia. Hal ini kerana, di dalam alQuran itu juga ada disebut mengenai ekonomi. Pemikiran mereka yang masih tidak mahu perubahan mungkin menyebabkan perkara ini berlaku. Sebenarnya Islam itu mudah. Oleh itu, internet jugalah yang dapat memudahkan kita mengenal Islam di mata dunia. Tanpa internet mungkin kita tidak akan tahu khabar negara-negara Islam yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersetuju. Islam itu mudah, dan kewujudan internet telaj memudahkan lagi penyebaran agama Isalma itu sendiri. Tetapi pada hari ini masyarakat lebih gemar menyebarkan perkara-perkara negatif berbanding perkara positif. Ini satu situasi yang sangat mengecewakan.

      Delete
    2. saya juga setuju islam itu mudah dan tidak sesekali memberatkan pengikutnya..bagi saya isu ini berbalik kepada sikap pengguna internet itu sendiri...jika individu tersebut menggunakannya ke arah kebaikan maka bermanfaatlah kelajuan internet itu..jika tidak maka perkara sebaliknya akan berlaku.

      Delete
  4. Pada pendapat saya, tidak menjadi masalah untuk sesebuah Negara mempunyai akses internet yang berkelajuan tinggi. Ini kerana mempunyai kemudahan seperti itu memberi manfaat kepada pengguna kerana mereka dapat mengakses maklumat dengan cepat dan mudah. Isu internet meruntuhkan akhlak dan moral masyarakat bukan sesuatu isu yang besar sekiranya pihak-pihak tertentu dapat mengawal dan menapis maklumat yang datang dari luar. Selain itu, ia juga bergantung kepada niat individu tersebut samada ingin menggunakan internet dengan cara yang baik atau sebaliknya. Sekiranya sesebuah Negara tidak mempunyai akses internet yang baik, menyukarkan proses kemasukkan maklumat dan aksess maklumat oleh penduduk Negara tersebut.



    .

    ReplyDelete
  5. bagi saya sememangnya sesebuah negara perlu mempunyai akses internet yang berkelajuan tinggi bagi mengetahui sesuatu berita, maklumat atau informasi berkaitan isu-isu semasa yang berlaku sama ada di dalam ataupun luar negara dengan kadar yang pantas dan mudah. oleh sebab itu, berkaitan isu internet yang meruntuhkan akhlak dan moral masyarakat pula adalah bergantung dengan individu itu sendiri sama ada melihat dari sudut yang baik ataupun buruk dengan menggunakan internet dengan cara yang baik ataupun sebaliknya.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  7. Islam merupakan agama yg mudah..tapi individu yang menyulitkan agama tersebut.. Jadi, jadi pengguna bijak.

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya, tidak salah jika mempunyai kelajuan internet yang tinggi kerana setiap perkara dapat dilakukan dengan cepat, pantas dan mudah. hal ini kerana zaman sekarang adalah zaman berteknologi tinggi. Oleh itu, jika berlaku sebarang perkara yang melanggar undang-undang atau boleh merosakkan morak atau akhlak seseorang bukan disebabkan adanya kelajuan internet. Sikap pengguna itu sendiri yang merosakkan akhlak mereka kerana tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut ke arah yang lebih baik. Seperti yang kita tahu, pilihan terletak ditangan pengguna sama ada menggunakannya ke arah kebaikan atau keburukan.

    ReplyDelete
  9. Saya bersetuju bahawa penggunaan internet terletak sepenuhnya di tangan penguna tersebut. Mengehadkan akses internet dengan alasan ia bertentangan dengan syariat Islam adalah sesuatu yang tidak logik kerana internet tidak bersalah, yang bersalah adalah para pengguna internet yang tidak bertanggungjawab dan menyebarkan hadis palsu atau isu-isu sensitif berkenaan agama.

    ReplyDelete