Saturday 4 April 2015

Anjakan Paradigma Telefon Bimbit


Disediakan oleh: Mariana Binti Baddu (36846)

Dunia hari ini menyaksikan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi kesan terhadap rangkaian masyarakat. Kemunculan jaringan komunikasi telah membentuk rangkaian masyarakat yang mempunyai kelas sosial yang berbeza. Senario ini telah menyebabkan fenomena luar biasa dalam kalangan remaja yang bergantung terhadap telefon bimbit untuk meluaskan rangkaian sosial mereka di peringkat tempatan atau global. Selaras dengan realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang telefon bimbit melalui pelbagai reka bentuk.(Siti Samsidar, 2012) 


Pada tahun 1973, Martin Cooper  telah mencipta  dan menghasilkan telefon bimbit dengan menggunakan frekuensi radio. Telefon pertama yang dicipta oleh beliau dikenali sebagai "Brick" oleh kerana bentuknya yang seakan-akan batu bata. Pada awalnya, telefon bimbit agak berat dan besar tetapi kini, telefon bimbit semakin kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.(Pencipta Telefon Bimbit Martin Cooper (n.d)

Menurut kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, menyatakan bahawa hampir 20.5 juta rakyat Malaysia memiliki telefon bimbit. Permintaan yang tinggi daripada pengguna telah menyebabkan syarikat telekomunikasi prabayar melebarkan sayap mereka ke pelosok negara.

Antara sebab utama masyarakat di negara kita memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit kerana kemampuan mereka memiliki alat tersebut. Hal ini disebabkan harga telefon bimbit di pasaran mampu dibayar oleh pengguna . Sebagai contoh harga sebuah telefon bimbit yang terendah ialah RM50.00 bagi siri Nokia 3310. Dengan harga telefon bimbit semurah itu, mereka yang berpendapatan rendah mampu membeli dan memilikinya. Dalam hal ini, peribahasa ‘ukur baju di badan sendiri’ dapat menggambarkan bahawa masyarakat Malaysia yang pelbagai golongan yang mampu memiliki telefon bimbit.  


Menurut  syarikat penyelidik ABI Research Mobile Devices Research Service (n.d), sejumlah 900 juta telefon bimbit telah dipasarkan pada 2006. Telefon bimbit digunakan secara meluas di seluruh dunia sehingga kanak-kanak kurang daripada 8 tahun juga memiliki sebuah telefon bimbit. Pelbagai bentuk dan model yang boleh dipilih mengikut cita rasa pengguna.

Terdapat beberapa jenama telefon bimbit yang boleh dipilih, iaitu Sony Ericsson, Nokia, Samsung, Motorola, LG, Apple, Lenovo, IPhone dan banyak lagi jenama baru yang baru dicipta. Setiap jenama mempunyai keistimewaan tersendiri, corak telefon bimbit yang unik dan fungsi yang berlainan.


Tuntasnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat Malaysia secara meluas menggambarkan mereka berfikiran positif terhadap teknologi komunikasi dan bersedia untuk berada di dalam dunia tanpa sempadan . Kendatipun, keghairahan mereka menggunakan telefon bimbit janganlah sampai menyusahkan diri sama ada dari aspek ekonomi mahupun sosial. Persoalannya, adakah kemunculan telefon bimbit atau smartphones memberikan impak yang positif ataupun negatif?. Tepuk dada tanyalah selera.

Rujukan:

Bagimin, S. S. (2012). Fenomena kebergantungan remaja Melayu terhadap telefon bimbit (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia).

Pencipta Telefon Bimbit Martin Cooper. (n.d). Retrived form  http://ite-i-netses2.blogspot.com/p/from-zero-to-hero.html

Smartphones and Handsets. (n.d.). Retrieved from https://www.abiresearch.com/market-research/service/mobile-devices/#


16 comments:

  1. telefon bimbit pada hari ini merupakan satu keperluan yang wajib ada. Bayangkan sekiranya seseorang tidak mempunyai telefon bimbit, ianya akan menyukarkan kehidupan individu lain juga untuk menghubungi beliau sekiranya terdapat hal-hal kecemasan. saya berpendapat telefon bimbit sangatlah penting sehinggakan pelbagai jenis, bentuk dan model telefon bimbit dikeluarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Fenomena ini telah membuatkan setiap individu berlumba-lumba mendapatkan model terbaru telefon bimbit sehinggakan pada saya mereka terlupa tujuan sebenar telefon bimbit iaitu untuk berhubung dan bukannya menunjuk-nunjuk dengan memiliki telefon bimbit keluaran terbaharu di pasaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya fenomena tesebut dapat dilihat apabila golongan masyarakat sama ada golongan muda atau tua memiliki pelbagai jenis telefon mengikut tren dari semasa ke semasa.

      Delete
  2. Penciptaan telefon bimbit telah mecapai kemajuan dari bentuk yang sangat besar dan susah dibawa kepada penciptaan bentuk yang lebih kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja. Pelbagai bentuk dan jenama menjadikan pengguna mempunyai pilihan yang pelbagai untuk mereka pilih begitu juga harga sesebuah telefon bimbit juga menunjukkan status pengguna. Semakin mahal haraga telefon bimbit, semakin bergaya seseorang (hanya pendapat sahaja) kerana ia dapat menarik perhatian orang lain dari segi pujian dan menjadi tarikan kepada orang lain. Telefon bimbit menjadi keperluan untuk semua orang walaupun hanya memiliki telefon bimbit yang murah dan tidak terkenal. Ini kerana, telefon menjadi medium untuk berkomunikasi dan memudahkan hidup seseorang. Bayangkan kanak-kanak juga mempunyai telefon bimbit mereka tersendiri untuk mereka berinteraksi bersama rakan-rakan. Setiap masa, telefon bimbit akan di upgrade dan dipasarkan menjadikan ia ingin dimiliki oleh semua orang tidak kira jenama apa sekalipun. Fenomena ini menjadikan pengguna lupa akan fungsi sebenar telefon bimbit kerana mereka lebih suka menukar telefon bimbit dan menjadi orang pertama memilikinya supaya mereka akan menjadi perhatian orang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya saya setuju dengan pendapat anda yang menyatakan bahawa fenomena tersebut menjadikan penggunalupa akan fungsisebenar telefon bimbit kerana mereka lebih suka menukar telefon bimbit dan menjadi orang pertama memilikinya. hal ini demikian kerana bagi mereka memiliki sebuah telefon bimbit yang berjenama dapat memberikan kepuasan kepada diri mereka.

      Delete
  3. Bagi saya memiliki telefon bimbit pada hari ini bukan sudah memenuhi kehendak tetapi keperluan. Mungkin pada dahulu, telefon bimbit dianggap tidak penting dan jika tidak mempunyai juga tidak mengapa kerana pada zaman tersebut teknologi yang disediakan tidak begitu canggih dan pelbagai alternatif lain tersedia untuk menyalurkan maklumat.memiliki telefon bimbit lebih dari satu bagi seorang ibdividu alah menurut saya keperluan bagi sebuah telefon bimbit dan jika ia melebihi satu, ia adalah sebahagian dari memenuhi kehendak ingin memiliki telefon bimbit dari pelbagai pengeluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tepat sekali, hal ini kita dapat lihat di mana pada hari ini ramai individu yang memiliki lebih daripada satu set telefon bimbit bagi memenuhi kehendak dan kepuasan individu itu sendiri

      Delete
  4. Saya setuju dengan pendapat Nurayanie yang mengatakan bahawa telefon bimbit pada masa kini bukan lagi satu kehendak tetapi lebih kepada keperluan. Jika dahulu fungsi telefon bimbit yang asal adalah hanya untuk membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas. Namun kini fungsinya telah ditambah nilai dengan pelbagai fungsi seperti kamera, perakam audio dan pelbagai lagi. Tidak kurang juga dengan pelbagai model daripada pelbagai jenama. Oleh itu, ia membolehkan masyarakat membuat pilihan mengikut cita rasa mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sesungguhnya, fungsi suatu telefon adalah bergantung dengan peredaran masa dan perkembangan aplikasi media dari semasa ke semasa bagi memenuhi kehendak dan citarasa pengguna

      Delete
  5. Pada pendapat saya, memiliki sebuah telefon pintar atau pun smartphone adalah satu kewajipan bagi setiap individu terutamanya mahasiswa mahasisiwi. Ini kerana, setiap dari kita berhubung dengan rakan-rakan dengan menggunakan aplikasi whatsapp, wechat, telegram dan yang sewaktu dengannya. Aplikasi ini merupakan aplikasi yang membolehkan kita menghantar mesej teks, gambar dan video tanpa menggunakan kredit, hanya dengan akses internet, kita dapat berhubung dengan kawan-kawan dan ahli keluarga walau dimana jua mereka berada. Tidak dinafikan, masa kini sudah jarang individu yang menggunakan aplikasi mesej berbayar kerana kebanyakkan kita lebih memilih untuk menggunakan aplikasi "online", seseorang yang tidak mempunyai akaun whatsapp mahu pun wechat dilihat sebagai seorang yang ketinggalan zaman. Oleh itu, seperti yang dinyatakan oleh sahabat di atas bahawa, telefon bimbit bukan lah satu kehendak tetapi satu keperluan. Keperluan harian setiap individu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. hal ini menyebabkan bahawa telefon bimbit atau smartphone dijadikan sebagai satu alat dalam membantu menjalankan aktiviti-aktiviti harian manusia.

      Delete
  6. bagi saya, memiliki telefon bimbit adalah merupakan kewajipan pada setiap individu. hal ini kerana, telefon bimbit memudahkan seseorang individu berhubung walau dimana pun berada. bukan itu saja, dengan kewujudan pelbagai model telefon dan aplikasi seperti instgram,whatsupp,wechat dan lain-lain lagi menyebabkan seseorang menggunakan telefon yang ada aplikasi tersebut. selain itu juga, Aksesori telefon bimbit dan telefon pintar sememangnya menjadi kegilaan baharu masyarakat terutamanya remaja. Bagi mereka, aksesori di telefon bimbit melambangkan imej dan gaya trendy remaja masa kini. Jadi tidak hairanlah golongan remaja sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk memenuhi tuntutan nurani serta bersaing sesama rakan sebaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue..situasi tersebut dapat dilihat kepada individu yang begitu taksub dan fanatik dengan gadjet seperti aksesori telefon bimbit di mana mereka sanggup melakukan apa saja sehingga sanggup membelanjakan duit simpanan demi memiliki gadjet tersebut.

      Delete
  7. Bila berbicara tentang telefon bimbit, ianya suatu yang hangat diperkatakan dalam golongan-golongan mereka yang berpendidikan. Malah, terdapat juga perbahasan mengenai isu ini seperti isu membawa telefon bimbit ke sekolah. Daripada sudut tersebut, ianya mungkin tidak sesuai dengan keadaan pelajar-pelajar sekolah. Tapi masih ramai masyarakat yang menganggap bahawa telefon bimbit itu adalah sesuatu kewajiban kepada masyarakat tidak kira dari pelbagai umur harus mempunyai telefon bimbit. Jika dilihat sedut positif, ianya memang bagus untuk memudahkan pembelajaran dan pendidikan kepada kanak-kanak khususnya tetapi seWAJIBnya mempunyai pengawasan daripada kedua ibubapa bukan sekadar untuk memberi keseronokan dan kepuasan kepada anak-anak. Oleh itu, dapat saya katakan disini bahawa ibubapa adalah titik utama dalam membentuk kesan positif atau negatif penggunaan telefon pintar kepada anak-anak. Jika, ianya tidak diawasi dari awal mungkin menjadi lebih negative sehingga menyebabkan kerosakan akhlak individu tertentu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengawasan awal daripada ibu bapa itu sememangnya penting dan perlu bagi mengelakkan perkara yang tidak diigini berlaku. bak kata pepatah melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya"

      Delete
  8. Penggunaan telefon bimbit pada zaman sekarang sememangnya sesuatu yang penting dan terdapt pertambahan implikasi whatssap,wechat dan sebagainya. Penggunaan telefon menjadi sesuatu keperluan kerana jika terlupa membawanya seumpama tidak membawa wang ketika hendak membeli sesuatu barangan.

    ReplyDelete
  9. Saya bersetuju dengan rakan-rakan yang menyatakan telefon bimbit sekarang merupakan barang keperluan bukan lagi kehendak. Tanpa telefon bimbit kita tidak dapat berhubung antara satu sama lain sama ada atas tujuan urusan kerja atau sebaliknya. Tambahan pula, dengan kemajuan teknologi sekarang, masyarakat lebih memilih untuk berhubung dengan rakan-rakan melalui media sosial seperti Whatapp dan Facebook terutamanya bagi membincangkan urusan kerja secara berkumpulan. Malahan telefon bimbit lebih penting dari wang kerana kita mampu meneruskan kegiatan harian jika terlupa untuk membawa wang ringgit namun tidak jika terlupa membawa telefon bimbit. Hal ini jelas menujukkan telefon bimbit begitu penting pada masa kini.

    ReplyDelete