Saturday 28 March 2015

RESPON SOAL SELIDIK PENGGUNAAN GAJET

Oleh Rosmini Mahyuddin (38525) dan Nurayni Beddu (38099)

Berikut adalah hasil soal selidik mengenai isu Penggunaan Gajet yang telah kumpulan kami jalankan pada minggu lalu. oleh itu, entri minggu ini, kami akan menunjukkan respon yang telah kami terima daripada 117 orang responden. 




Umur responden (Tahun)








18 - 20     (12)         9.9%
21 - 25     (106)       87.6%
25 - 30     ( 2)           1.7%


Fakulti

FSS                           (39)        32.2%
FEB                          (10)         8.3%
FSGK                        (8)          6.6%
FK                            (13)         10.7%
FIT                            (8)           6.6%
FSTS                         (13)        10.7%
PUSAT BAHASA    ( 2)          1.7%
FSKPM                     (20)        16.5%



Adakah anda mempunyai gajet?

Ya          (120)    99.2%
Tidak    (0)         0%



Adakah anda mempunyai lebih dari satu gajet?

Ya        (89)     73.6%
Tidak    (31)     25.6%






Apakah kepentingan anda menggunakan gajet? (Untuk soalan ini kami hanya memaparkan beberapa jawapan sahaja)

  1. komunikasi jarak jauh, mengetahui isu semasa
  2. do assignment and important call to home & doing group discussion
  3. memudahkan saya untuk berhubung serta mendapatkan maklumat melalui rangkaian internet 
  4. whatsapp dan google search
Adakah anda mempunyai akaun di laman sosial?

Ya      (115)     95%
Tidak  ( 1)       0.8%







Apakah jenis laman sosial yang anda kerap gunakan?

Instagram      (8)   6.6%
Wechat          (6)   5%
Whatsapp      (57) 47.1%
Twitter           (7)   5.8%
Facebook       (36)  29.8%
Other             (4)     3.3%





Berapa kerapkah anda melayari laman sosial?

Kurang sejam 17 14%
1 Jam 15 12.4%
2 Jam 23 19%
3 Jam 14 11.6%
4 Jam dan ke atas 43 35.5%
5 Jam ke atas 6 5%



Pada pendapat anda, adakah memuatnaik gambar di laman sosial dapat
meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang?

ya 49 40.5%
tidak 69 57%







Bagi pandangan anda, adakah memuatnaik gambar/ status di laman sosial
adalah untuk menarik perhatiangan pengguna laman sosial?

ya 64 52.9%
tidak 54 44.6%






Adakah anda lebih mudah berkomunikasi menggunakan laman sosial
berbanding face to face?

ya 63 52.1%
tidak 53 43.8%




Adakah anda mengenali semua kenalan anda yang anda friend dan follow di
laman sosial?

ya 30 24.8%
tidak 86 71.1%



Pernahkah anda tidak menggunakan gadjet dalam sehari?

ya 50 41.3%
tidak 68 56.2%



Adakah anda ketagih dalam menggunakan gadjet?

ya 48 39.7%
tidak 69 57%



Number of daily responses









10 comments:

  1. Penggunaan gajet dalam kalangan remaja semakin membimbangkan, ini kerana melalui hasil soal selidik yang telah dijalankan, terbukti bahawa 35.5 % daripada responden menggunakan gajet lebih daripada 4 jam. Ini boleh dikategorikan sebagai ketagihan gajet walaupun peratus soalan yang terakhir iaitu "Adakah anda ketagih dalam menggunakan gajet?" , 57% menjawab tidak ketagih namun saya percaya ini adalah tidak benar kerana menggunakan gajet lebih dari 4 jam ada lah salah satu simptom ketagihan.

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, daripada soal selidik ini dapat dilihat bahawa boleh dikatakan bahawa penggunaan gadjet pada masa kini dianggap penting. Hal ini kerana, semua maklumat dan isu-isu semasa yang timbul semuanya melalui laman-laman sosial. Pengalaman saya sendiri, apabila seminggu tidak melayari internet, saya merasakan bahawa terlalu banyak maklumat yang tidak diketahui. Hal ini kerana, laman sosial pada masa kini dianggap penting bukan sahaja sebagai penyampaian maklumat tetapi juga tempat untuk melakukan perbincangan bersama kumpulan di media sosial seperti facebook, whatsaapp, wechat dan sebagainya. Ketagihan mungkin berlaku kerana pada masa kini, masa terluang masyarakat lebih kerap merujuk internet untuk mencari isu-isu yang menjadi perhatian masyarakat untuk memulakan sesuatu topic dalam perbualan.

    ReplyDelete
  3. Berdasarakan hasil keputusan soal selidik yang telah dilakukan jelas menunjukkan bahawa penggunaan gadjet pada hari ini sangat meluas dan digunakan oleh semua peringkat umur tidak kira muda mahupun tua . maka tidak hairanlah jika isu ketagihan terhadap suatu gadjet pada hari ini semakin meningkat. Hal ini demikian kerana, penggunaan gadjet pada hari ini merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia bagi mendapatkan dan menyebarkan sesuatu maklumat atau informasi terkini kepada orang lain.

    ReplyDelete
  4. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh responden berkenaan penggunaan gajet dalam kalangan remaja pada masa kini, saya tertarik terhadap respon soalan yang 100% mengatakan mereka mempunyai gajet/smartphone. Ini menunjukkan smartphone adalah sesuatu yang berbentuk keperluan bukan lagi kehendak seperti 10 tahun yang lalu. Saya mempunyai pengalaman dimana saya tidak memiliki gajet/smartphone yang dilengkapi dengan pelbagai aplikasi akaun laman sosial seperti facebook, twitter,whatsapp, wechat seperti rakan-rakan yang lain. Pada mulanya saya selesa dengan keadaan itu, namun apabila pelbagai hal yang dibincangkan dalam laman sosial seperti kerja kumpulan, pembahagian tugas dan merupakan medium komunikasi utama pada masa kini saya telah mengambil keputusan untuk turut memiliki sebuah gadjet/smartphone. Justru, ini jelas menunjukkan gadjet bukan lagi sesuatu kehendak tapi lebih kepada keperluan.

    ReplyDelete
  5. Secara keseluruhannya, hasil daripada soal selidik yang dilakukan dalam penggunaan gajet menunjukkan bahawa gajet merupakan salah satu keperluan dimana setiap perkara akan menggunakan gajet. hal ini dapat di lihat, masa kini setiap perbincangan dalam kumpulan assigment semuanya akan menggunakan whatsapp, wechat, facebook dan lain-lain lagi. ini juga menunjukkan betapa pentingnya penggunaan gajet pada hari ini. selain itu, hasil soal selidik itu menunjukkan penggunaan gajet individu lebih daripada 4 jam ke atas ini ternyata ketagihan dalam penggunaan gajet meningkat, sehingga kita lihat ibarat hanya hidup di dunia mereka sendiri kerana lebih banyak menggunakan gajet berbanding face to face.

    ReplyDelete
  6. menerusi hasil kajian yang diperolehi, saya dapat menyimpulkan bahawa hampir keseluruhan respondent adalah pengguna gadjet tegar walaupun mereka tidak mengaku bahawa mereka tidak ketagih dalam menggunakan gadjet. namun, jika dilihat daripada medium komunikasi yang mereka lebih selesa, ianya adalah menerusi laman sosial yang mana memerlukan gadget untuk mengakses segala laman sosial ini. Bukti lain untuk mengukuhkan lagi kenyataan saya adalah setiap daripada respondent mengaku mempunyai sekurang-kurangnya satu gadjet dan seramai 68orang respondent menyatakan mereka tidak pernah tidak menggunakan gadjet dalam masa sehari. ini dapat membuktikan bahawa remaja pada hari ini adalah obses dengan gadjet yang mereka miliki.

    ReplyDelete
  7. berdasarkan soal selidik yang dilakukan, kita dapat lihat bahawa gadjet dan laman sosial begitu penting dalam hidup generasi sekarang sehingga setiap apa yang dilakukan pasti akan dikongsikan dengan orang lain di facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Manakala gadjet juga menjadi benda atau perkara yang wajib untuk seseorang itu miliki hingga tidak dapat berpisah walaupun sehari

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya, penggunaan gadjet pada masa sekarang telah menjadi trend untuk semua golongan usia tidak kira kanak-kanak, remaja, orang tua dan sebagainya. Memiliki gadjet merupakan perkara terpenting yang harus dilakukan kerana gadjet mempunyai banyak fungsi tidak kira untuk berkomunikasi atau memenuhi masa lapang. Walaupun harga untuk sebuah gadjet mencecah ribuan ringgit tidak menjadi masalah untuk orang ramai memilikinya asalkan gadjet tersebut up to date dan mempunyai jenama serta mampu memuat turun segala aplikasi yang terbaru. Tidak dinafikan, gadjet digunakan sebagai medium tengah untuk sesuatu komunikasi di mana, si pemberi maklumat dan penerima tidak perlu berjumpa, hanya berinteraksi melalui gadjet sahaja. Ia dapat dilihat, penggunaan laman sosial seperti facebook dipilih untuk dijadikan medium perantaraan berbanding komunikasi secara bersemuka iaitu sebanyak 6352.1%. Selain itu, pengguna gadjet juga boleh mengemaskini status melalui Instagram, wechat, whatssap, twitter. Facebook dan lain-lain aplikasi menjadikan mereka sentiasa diikuti dan segala post yang mereka utarakan menjadi satu daya penarik dalam golongan pengguna gadjet yang lain.

    ReplyDelete
  9. Pada pendapat saya,sememangnya penggunaan gadjet merupakan keperluan asas bagi kita. Hal ini kerana,segala maklumat atau segala hebahan akan disebarkan melalui laman sosial seperti facebook,twitter,wssap,wchat dan lain-lain.
    Maka tidak hairanlah jika peratusan yang diperolehi menunjukkan pengguna lebih menggunakan gadjet dalam kehidupan mereka. Gadjet merupakan medium terpenting dakam kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  10. Seperti yg semua katakan, saya simpulkan zaman sekrang boleh dikatakan zaman yg sepenuhnya menggunakan teknologi..Teknologi bukan lagi dianggap kehendak terapi sudah menjadi keperluan merka .i

    ReplyDelete