Sitti Rubinah Kintarasa..38888
Salam
kawan-kawan..entry pada kali ini adalah berkaitan dengan blog, namun entry ini
saya specifikan kepada blog lesbian. Saya telah memilih satu contoh blog yang
berkaitan lesbian mari lah bersama-sama kita lihat dan baca….
Definisi
berikut adalah sekadar maklumat umum yang berkaitan dengan isu semasa yang
sedang hangat melanda masyarakat Islam Malaysia.
a. Homoseksual – adalah merujuk
kepada seseorang individu yang tertarik atau mempunyai kecenderungan dari segi
seks kepada orang yang sama jenis jantina;
b. Gay – merujuk kepada lelaki yang
mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu homoseksual;
c. Lesbian – merujuk kepada perempuan
yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu perempuan
homoseksual;
d. Biseksual – kecenderungan untuk
melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan wanita
e. Transeksual – seseorang lelaki
atau perempuan yang berperasaan seperti perempuan atau sebaliknya dan
menampilkan perasaannya secara nyata sama ada melalui pertuturan, gerak badan,
cara berpakaian dan sebagainya
Ini adalah merupakan
contoh blog LGBT
Berdasarkan blog
tersebut, kita boleh lihat bahawa sasaran utama blog ini adalah untuk orang-orang
LGBT di Indonesia dimana melalui blog ini terbukti, menurut Dede
Oetomo &
Rudy
Mustapha (1987), adalah merupakan
Kelompok Kerja
Lesbian dan Gay Nusantara (KKLGN). KKLGN adalah menjadi satu organisasi
lesbian dan gay yang mempunyai tujuan utama agar masyarakat Indonesia dapat
menerima kelompok ini sama seperti kelompok heteroseksual di Indonesia.
Secara keseluruhannya,
blog ini menerima tentangan daripada masyarakat Indonesia bahawa kewujudannya
yang masih asing dan masyarakat di sana menganggap kelompok ini memalukan
keluarga dan juga penyumbang yang besar kelompok gay kepada penyakit AIDS. Tambbahan lagi sampai
kini, golongan ini masih berjuang mempertahankan hak mereka serta melawan
diskriminasi social di sekelilingnya.
Namun demikian, isu ini
akan menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap pengunjung dan pembaca blog ini.
Hal ini kerana, isu seperti ini adalah agak sensitif terutamanya bagi kelompok
yang terlibat dengan situasi seperti ini. Kemungkinan besar juga ada segelintir pembaca yang
menyokong dan tidak menyokong kelompok ini.
Sebagai seorang
pegunjung dan pembaca blog ini haruslah berfikiran yang positif apa yang jadi
sekarang ini adalah norma kehidupan dan yang paling penting harus di ingat
dengan teknologi dan maklumat telah Berjaya menghapuskan batasan sempadan
sesebuah Negara malahan ia juga Berjaya merubah bentuk pemikiran ideology,
budaya dan berbagai eleman luar memasuki ruang Negara lain tanpa sekatan dan
kawalan.
Berkaitan dengan blog
ini, tiada pembaca yang turut menyertai dalam perbincangan isu Homoseks. Persoalannya,
mengapa masyarakat di Indonesia cara kehidupan mereka bebas walaupun merupakan Negara
islam, namun ada segelintir yang tidak dapat menerima isu seperti ini.
Rujukan:
http://annyaasss.blogspot.com/2011/09/keberadaan-kaum-homoseks-salah-satu.html,
Rujukan:
http://annyaasss.blogspot.com/2011/09/keberadaan-kaum-homoseks-salah-satu.html,
bagi saya kewujudan blog-blog seperti ini boleh diterima namun bergantung kepada tujuan kewujudan blog tersebut...sekiranya ia bertujuan untuk mendidik masyarakat berfikir dan memberi infomasi ia baik untuk diwujudkan...namun sekiranya ia bertujuan untuk menggalakkan lagi masyarakat terlibat dalam gejala songsang ia tidak wajar untuk diwujudkan.
ReplyDeleteya saya bersetuju dengan hujah yang disampaikan oleh Nurlaylah. hal ini demikian kerana, suatu perkara yang dilakukan itu adalah bergantung dengan tujuan masing-masing begitu juga dengan isu kewujudan blog-blog tersebut.oleh sebab itu, terpulang kepada individu itu sendiri sama ada hendak melihat dari sudut yang positif ataupun negatif.hal ini berikutan kerana, bagi saya kewujudan blog-blog sedemikian mampu membuka fikiran masyarakat dan dapat menambahkan lagi pengetahuan berkaitan isu-isu semasa yang berlaku pada hari ini. tepuk dada tanyalah selera. saya yakin anda bijak dalam menilai sesuatu perkara itu sama ada baik ataupun buruk.
ReplyDeleteSelalunya, blog yng wujud ni adalah untuk berkongsi cerita, ilmu dan minat.. Namun, kadangkala memang sesuatu yang ingin kita sampaikan dan komgsikan ini akan ada yg menentang.. Samalah dengan blog- blog kerajaan..akan timbul penentang2 kerajaan.. Sepama kes seperti blog lgbt ini.. Akan timbul golongan yang menentang dan menyokong.. Blog itu sebenarnya memberi kebaikan kepada meraka.. Terletak kepada pengguna
ReplyDeleteBagi saya kewujudan blog seperti agak sensitif di mata rakyat. Terutamanya apabila admin menyatakan bahawa blog ini ditulis pleh penulis Indonesia dan penulis telah menubuhkan persatuan untuk golongan ini. Tetapi seperti yang kita maklum penulis blog bebas untuk menulis apa sahaja yang diinginkan pada blog mereka,
ReplyDeleteya betul tu mayah...penulis blog bebas menulis apa sahaja entry di blog mereka. Ditambah lagi dengan tiada akta atau sekatan yang boleh dikenakan ke atas mereka jika mereka menulis unsur yang negatif melainkan terdapat pihak ketiga yang melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa baru tindakan akan diambil.
DeletePada pandapat saya, kewujudan blog-blog sebegitu adalah untuk menarik perhatian umum dan menarik golongan yang sekufu dengan mereka untuk menyertai mereka. Mereka juga kemungkinan berbuat sedemikian supaya memberitahu kepada masyrakat umum tentang kewujudan golongan mereka mungkin juga mereka berbuat sedemikian untuk menuntut hak mereka sebagai golongan LGBT.
ReplyDeleteSaya kurang bersetuju dengan kewujudan blog-blog seperti ini kerana seperti yang kita tahu LGBT adalah dilarang disisi Islam bahkan tidak diterima langsung mereka yang cuba mengubah diri mereka . Kewujudan blog-blog seperti ini boleh memberi kesan negatif apabila blog tersebut mampu mengumpulkan mereka yang menyokong LGBT dan mendesak orang ramai supaya menerima golongan mereka.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat Ros Aida Wanie. Hal ini kerana seolah-olah blog yang wujud itu memberi satu tarikan kepada mereka yang mempunyai peribadi serong daripada jantina mereka untuk membuat keputusan mengubah identiti mereka yang asal. Seperti kita ketahui, blog dan laman web adalah sumber rujukan kepada pengguna internet. Oleh itu, perkara ini tidak seharusnya berlaku, lebih-lebih lagi dalam negara Islam seperti di Malaysia dan Indonesia.
ReplyDeletePada pendapat saya, kemunculan blog seperti ini kurang sesuai untuk bacaan umum kerana blog seperti ini banyak menyentuh sesitiviti terutama agama. Tidak dinafikan, semua orang di atas muka bumi ini mempunyai hak masing-masing, namun harus diingat agama juga penting untuk diambil kira sebelum menghasilkan blog seperti ini. berkemungkinan ia akan menaikkan kemarahan segelintir masyrakat yang rata-rata menentang kumpulan LGBT yang wujud dalam sesebuah Negara.
ReplyDeleteIsu berkenaan golongan ini adalah sensitif bagi kita rakyat Malaysia terutama sekali yang beragama Islam, akan tetapi mungkin berbeza dengan mereka yang berada di Indonesia kerana umum mengetahui bahawa cara hidup rakyat Indonesia lebih terbuka berbanding cara hidup kita di Malaysia meskipun kedua-dua negara ini merupakan negara Islam. Oleh itu, tidak hairan lah jika wujud blog-blog seperti ini dan tidak dibanned oleh pihak berkuasa.
ReplyDelete