Disediakan oleh: Mariana Binti Baddu (36846)
Baru-baru ini kita
telah digemparkan dengan satu isu di mana seorang penagih games, Cheng Jung- Yu
yang berusia 23 Tahun telah mati akibat terlalu
asyik bermain games tanpa henti sehingga
meragut nyawanya sendiri. Hal ini disebabkan, mangsa tersebut tidak makan,tidak
minum dan berada dalam statik selama 23 jam akhirnya ditemui mati dalam keadaan
posisi yang sama iaitu dalam posisi tubuh yang masih bermain game (Tenni Purwanti,2012). Golongan
gamers kini bukan sahaja dominan dalam kaum lelaki namun dengan teknologi dan kecanggihan yang sedia ada golongan perempuan juga tidak
terkecuali dalam hal ini. Apabila menyentuh
tentang permainan video, kebiasaannya
mereka akan menggunakan permainan video tersebut hanya untuk mengisi masa
lapang. Namun, golongan ini telah menyalahgunakannya dari segi masa, wang dan
kesihatan.
Penyalahgunaan dari
segi masa berlaku apabila golongan ini leka dengan permainan video sehingga
mengabaikan tanggungjawab hakiki seperti tanggungjawab sebagai seorang
anak,suami,isteri, pekerja, pelajar dan banyak lagi. Sebagai contoh, isu yang
berlaku terhadap pasangan suami isteri yang mengabaikan tanggungjawab terhadap
anak mereka kerana terlalu leka bermain games.
Selain itu, penyalahgunaan
dari segi wang adalah melalui pembaziran wang
ke arah yang tidak sapatutnya. Hal
ini demikian kerana, kebanyakan games
yang menarik memerlukan langganan internet yang mengeluarkan kos yang tinggi. Situasi
ini bertambah teruk apabila golongan-golongan
ini ketagih dan sanggup menghabiskan
wang semata-mata untuk bermain games demi memberi kepuasan kendiri. Contohnya,
viral games COC (clash of clan) yang semakin
digilai oleh golongan gamers tegar tidak kira usia sama ada muda atau tua.
Di samping itu, impak
bermain game yang keterlaluan juga boleh
menjejaskan seseorang dari aspek kesihatan terutamanya dari segi penglihatan,
kecerdasan otak, insomnia sehingga boleh menyebabkan kematian. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kes-kes kematian yang dikhabarkan dan dipaparkan di
dada-dada akhbar.
Kesimpulannya, sejauh
mana kesedaran generasi sekarang terhadap ketagihan permainan video dan online yang boleh menyebabkan pelbagai impak yang buruk kepada diri sendiri.
“Tepuk dada tanyalah selera”. Sesungguhnya, “games
for relaxation not for the obsession and addiction”. Pilihan berada di
tangan anda.
Rujukan:
Purwanti, T.(2012). Lagi,
Gamer Ditemukan Meninggal di Depan Komputer | KOMPAS TEKNO. Retrieved from
http://tekno.kompas.com/read/2012/02/07/08305248/lagi.gamer.ditemukan.meninggal.di.depan.komputer
Permainan video sememangnya satu aktiviti yang sangat seronok untuk mengisi masa lapang. Tetapi, ianya akan memberikan satu kesan yang negatif sekiranya pemain ketagih terhadap permainan video tesebut. Seperti yang kita sedia maklum, bermain permainan video terlalu lama akan memberi kesan terhadap mata dan pinggang bahkan keseluruhan amggota badan yang lain.
ReplyDeleteYa saya menyokong apa yang diperkatakan oleh admin,saya sendiri pengemar game terutamanya game CoC ini kerana game ini mempunyai aplikasi yang menarik dan menyebabkan gamer akan menjadi terlalu asyik dan tidak menyedari banyak masa mereka habiskan dengan bermain game ini. Melalui pengalaman saya sendiri saya mula main game ini dari pukul 10 malam dan kerana terlalu mengejar leval yang ada dalam game tersebut saya bermain sampai pukul 5 pagi dan saya memang menyedari terlalu banyak masa habiskan bermain game tersebut sehingga mengabaikan masa tidur dan rehat saya.
ReplyDeleteBagi saya yang juga penggemar permainan video, saya bersetuju dengan Zawiyah. Memang kadangkala kita teralu asyik bermain sehinggakan kita terlupa dengan keadaan sekeliling. Saya juga mengalami masalah seperti sakit pinggang dan sakit mata disebabkan bermain terlalu lama
DeleteFor me, game is not worth wasting time for because there are so many other activities we can do other than playing online games such as playing scrabble which require us to use our brain to think or maybe we can play monopoly or even chess that test our focus and sharpness but at the same time it is good for us because we can play this game with our family or friends which will be a bonding time for us rather than focusing to our gadget so much and ignore the surrounding because we are too immersed with the gadget and the games.
ReplyDeletePada pendapat saya, bermain game adalah satu aktiviti yang menyeronokkan, namun terlampau bergantung kepada permainan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain tidak seharusnya berlaku. Sekiranya terlampau banyak menghabiskan masa dalam bermain game akan menyebabkan individu tersebut ketagih dan bermain sehingga menjejaskan kesihatan mereka. mereka juga tidak mengambil peduli mengenai apa yang berlaku di persekitaran mereka kerana mereka ingin mengejar level mereka untuk mencukupi level permainan tersebut.
ReplyDeleteSaya merupakan seorang gamers, tapi tidak lah sehingga ke tahap tegar, saya bermain ketika ada masa lapang, dan tidaklah terlalu ketagih sehinggakan ketika waktu sibuk pun saya ingin bermain game. Bermain game tidak salah, tetapi haruslah berpada-pada, jangan sampai kerja penting tidak siap kerana masa dihabiskan dengan bermain game.
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat Noraini, kita sebenarnya boleh bermain games yang semakin membanjiri dunia teknologi kini, tetapi mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Segelintir individu akan menjadikan game sebagai tempat melepaskan tekanan. Hal ini dianggap positif kerana ianya memberi kepuasan kepada kita. Apa yang menjadi satu keburukan apabila game dijadikan sebagai teman pada setiap masa. hal ini akan mendatangkan lebih banyak keburukkannya.
ReplyDeleteGame Online sememangnya menjadi perhatian anak muda sekarang. pelbagai jenis game yang dapat di install kini menarik masa anak muda sekarang menghabiskan masa dengan bermain game sehinggakan mereka tidak peka dengan keadaan sekeliling. Namun begitu, game juga mampu untuk melepaskan segala tekanan atau masalah yang ditanggung pengguna.
ReplyDeleteSaya mempunyai seorang adik lelaki yang berumur 8 tahun dan ya dia suka bermain game yang berada diaplikasi telefon. Apabila dia meminjam telefon saya untuk bermain game saya akan duduk disebelahnya untuk memantau dan melihat bagaimana dia menyelesaikan task dalam game tersebut. Saya tidak melarangnya untuk bermain game kerana saya yakin game mampu menghubungkan sel-sel otak untuk berfikir cuma pemantauan perlu dilakukan dan perlu diberikan had waktu bermain agar kanak-kanak tidak ketagih dengan permainan game.
ReplyDeletekesimpulanya game memang menyeronokan tambahan lagi dengan kewujudan pelbagai game masa kini telah menyebabakan miss komunikasi asal ada masa lapang akan menghadap game.
ReplyDelete