Disediakan Oleh : Airin Safaarina Madrus (39697)
Pada era globalisasi
kini, media sosial telah menjadi sebahagian daripada kemestian yang perlu ada bagi
setiap individu. Generasi Y yang lahir dalam kemajuan teknologi kebanyakkannya
mempunyai media sosial seperti Facebook,
Twitter, Instagram bukan sahaja untuk berkongsi maklumat tetapi turut
berkongsi cerita peribadi mereka. Setiap perkara, peristiwa, hari dan waktu
yang dianggap penting dan menarik menjadi satu perkongsian dengan pengguna
media yang lain. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun media sosial pula akan
dianggap ketinggalan zaman dalam era ini. Walaubagaimanapun, adakah setiap
identiti dan maklumat diri yang dikongsikan adalah benar belaka?. Video dibawah ini
adalah contoh individu yang memalsukan identiti dan reality kehidupannya yang
sebenar.
https://www.youtube.com/watch?v=Ri6wqcTgv14&feature=youtu.be
Tidak
semua perkara yang dikongsi di media sosial adalah benar. Buktinya media
berjaya mempengaruhi minda pemikiran masyarakat sehingga terdapat masyarakat
yang sanggup memalsukan identiti dan realiti kehidupan sebenar agar tampak gah
di media sosial. Selain itu, media sosial ini juga sering menjadi punca
perbalahan antara pasangan yang sudah berkahwin dalam kehidupan sebenar kerana
pemalsuan identiti.
Kesimpulannya, walau siapa pun kita, banggalah
dengan apa yang kita miliki kerana dirimu begitu berharga…
Sebelum belajar untuk terima kebaikan dan keburukan orang lain, kita haruslah menerima kebaikan dan keburukan diri sendiri, walau siapa pun kita, kita harus sentiasa hadapi realiti, dan jadilah diri sendiri.
ReplyDeleteYa, tidak dinafikan sesetengah pengguna memalsukan identiti mereka supaya mereka kelihatan hebat dan sempurna di mata orang lain sehingga lari dari dunia kehidupan sebenar mereka. Mereka lebih rela memalsukan identiti serta kehidupan sebenar mereka supaya mereka dapat memuaskan hati mereka dan pada pandangan saya juga, mereka ingin mendapatkan like yang tinggi sehingga setiap post yang mereka masukkan dalam laman sosial tersebut berlainan daripada kehidupan realiti mereka. Semakin tinggi like yang mereka perolehi, semakin banyak perhatian yang mereka dapat daripada orang ramai. Selain itu, mereka juga banyak menghabiskan masa mereka di hadapan skrin komputer sahaja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memastikan mereka sentiasa up to date dan tidak ketinggalan. Pada pendapat saya juga, keadaan seperti ini berlaku kerana mereka merasakan mereka tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi sehingga memalsukan identiti diri mereka yang sebenar. oleh itu, kita haruslah sentiasa menghadapi realiti kehidupan yang sebenar dan jadilah diri sendiri.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSome people might get jealous when they see other people's life which is far better than their own and that's what lead them to try becoming somebody else in social media because they could not afford it in reality, however there is a limit on how far we could pretend. Rather than pretending, we should just accept our own flaws and be ourselves.
ReplyDeletesaya setuju. Mereka yang mencipta identiti baru secara melampau di laman sosial adalah sangat tidak baik. Sebagai pengguna laman sosial mereka seharusnya tahu akan bahayanya dunia maya ini terutamanya laman sosial.
Deleteya betul...ini lah salah satu penyumbang ke arah jenayah cyber semakin berleluasa. hal ini demikian kerana, berdasarakan video tersebut dapat membuktikan dan boleh mencetuskan peningkatan jenayah di laman media sosial. kesimpulannya, jadilah diri sendiri tak perlu lah jadi orang lain...bangga lah dengan diri anda kerana saya percaya setiap manusia itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. bak lirik lagu Humood Alkhudher yang tengah hangat diperdengarkan melalui corong-corong radio iaitu "kun anta" yang bermaksud "be yourself" jadilah diri anda sendiri,kerana dirimu begitu berharga
ReplyDeleteSetiap orang diberi keistimewaan dan nikmat yang berbeza-beza. Memiliki kehidupan yang serba kekurangan dalam realiti sebenar bukanlah permit untuk kita berlagak kaya di media sosial. Syukuri apa yang ada dan usaha untuk perbaiki diri bukan menjadi seorang yang menipu diri sendiri.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebagi saya bukan sahaja penyumbang kepada jenayah cyber ianya juga dilakukan adalah disebabkan keseronokkan dan kepuasan semata-mata sahaja. Apa yang penting, jadi lah diri sendiri kerana diri mu begitu berharga.
ReplyDeletelela terbaikk...hahaha
ReplyDeletependapat saya, golongan yang membuat atau mereka identiti baru di laman sosial adalah disebabkan mereka ingin mencipta personaliti yang mereka idamkan dan tidak terjadi di dunia realiti mereka. Bagi saya golongan ini hanyalah inginkan perhatian dan mungkin mereka mempunyai 'low sel-esteem' sebab itu mereka mencipta identiti baru di laman sosial.
ReplyDelete