Sitti Rubinah Kintarasa 38888
Assalamualaikum kawan-kawan sekalian..
Entri saya pada kali ini adalah berkaitan dengan
kewujudan cermin mata yang berteknologi tinggi. Pada awal januari 2015, terdapat kajian penciptaan cermin mata
khas untuk kegunaan orang yang cacat penglihatan, apabila sudah terciptanya cermin mata untuk
orang cacat penglihatan secara langsung anjing dan tongkat mungkin sudah tidak diperlukan oleh orang cacat penglihatan sebagai petunjuk atau pun "mata kedua" bagi mereka.
Berdasarkan kajian tersebut, penghasilan cermin mata khas
untuk orang yang cacat penglihatan dilengkapi oleh beberapa kamera stereoskopik kecil yang dimasukkan
ke dalam lapisan cermin berkenaan kemudian pengguna tersebut dapat melihat dengan
jelas apa sahaja objek di hadapan.
Menurut pakar Universiti Oxford, Dr Stephen Hicks, alat
bantuan melihat itu direka untuk menghalang seseorang yang berada dalam
peringkat permulaan buta menjadi buta kekal. Pada masa yang sama juga beliau
berkata bahawa alat bantuan khas untuk orang buta itu perlu menjalani beberapa
ujian bermula Januari depan. Hal ini demikian kerana, melibatkan 160 sukarelawan yang bermasalah penglihatan di Oxford dan London.
Selain itu, tujuan utama dalam penciptaan cermin mata ini
adalah untuk membantu seseorang yang mempunyai masalah penglihatan dapat melihat dengan jelas, kos untuk memiliki
sepasangan cermin mata ini adalah jauh lebih murah iaitu £600 (RM2,943)
berbanding kos melahit anjing pemandu mencecah £30,000 (RM147,157) .
Apakah pendapat anda tentang isu ini?
Rujukan:
http://www.sinarharian.com.my/global/cermin-mata-pintar-buat-si-buta
Rujukan:
http://www.sinarharian.com.my/global/cermin-mata-pintar-buat-si-buta
Teknologi ini sangat berguna kepada mereka yang cacat penglihat. Hal ini secara tidak langsung teknologi dapat sejajar menstabilkan fokus pengguna. Seperti kita ketahui, jarang sekali teknologi dihasilkan bagi kemudahan mereka yang kurang upaya (O.K.U). Perkara ini satu yang positif kepada mereke kerana mereka juga akan dapat merasa bagaimana menjadi manusia biasa.
ReplyDeleteya saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Airin Safaarina. hal ini demikian kerana, melalui penghasilan cermin mata tersebut merupakan hasil yang sangat berguna dan bermanfaat kepada golongan yang memerlukan walaupun harga yang ditetapkan agak mahal namun bak kata pepatah melayu " alah membeli menang memakai"
ReplyDeletesatu lagi ciptaan yang sangat berguna kepada masyarakat. Cermin mata ini akan bermanfaat kepada golongan yang memerlukan.
ReplyDelete