Oleh Nur Shuhada dan Siti Zawiyah
Berita online mudah diakses dengan kecangihan teknologi pada
masa sekarang. Pengemar yang gemar membaca berita tidak perlu mengambil masa
yang panjang untuk mendapatkan sesuatu berita kerana mereka hanya perlu
"search" dan "scroll" sahaja. Surat khabar yang bercetak
memerlukan masa yang panjang untuk dibaca dan ia juga perlu dibeli untuk
pembaca mendapatkan sesuatu berita. Terdapat pelbagai jenis berita
"online" iaitu berita blog contohnya "The Guardian" dan
" International The News Blog" , Harakah Daily, Utusan Online, Berita
Harian Online dan pelbagai lagi.
Pertama, berita blog merangkumi pelbagai berita semasa yang
datang dari seluruh dunia dan ditulis oleh
wartawan warga dari seluruh dunia yang dikumpulkan menjadi satu blog dan
pelbagai slot yang boleh pembaca dapati dan ini
juga merangkumi berita yang terdahulu.
Manakala, untuk Berita online kami memilih dua akhbar untuk
dibandingkan iaitu Harakah Daily dan Utusan online. Harakah online ditulis oleh
pihak pembangkang kerajaan manakala Utusan Online ditulis oleh wartawan yang
lebih memihak kepada kerajaan. Perbandingan dibuat untuk melihat cara penulisan
berita disampaikan dan ditulis oleh kedua-dua jenis akhbar ini. Pada pandangan
kami, Harakah Daily lebih banyak menyentuh isu keagamaan dan politik contohnya,
isu Hudud yang sedang hangat diperkatakan. Manakala Utusan Online lebih banyak
menyentuh isu dalam negara seperti isu GST. Antara kelebihan berita online,
pembaca boleh menyuarakan pendapat dan komen mereka berbanding media cetak
pembaca tidak dapat memberi komen dan pendapat mereka terus kepada admin.
Dalam hal ini, kami berpendapat blog berita lebih rational
untuk dilawati berbanding berita online yang lain. Ini kerana, blog berita
lebih banyak membincangkan isu-isu semasa yang masih hangat dan juga terdapat
berita yang terdahulu. Pembaca boleh mendapatkan maklumat daripada blog
walaupun berita tersebut sudah berlalu.
Anda semua boleh melawati site berita yang di bincangkan
untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
rujukan
rujukan
isu hudud.(2015, Mei 6). Harakah Daily diambil dari: http://www.harakahdaily.net/
Isu Gst. (2014, September 15). Utusan Online. Diambil dari: http://www.utusan.com.my/special/search/search-7.124?q=isu+gst
Pada pendapat saya, kebaikan berita dalam talian atau lebih popular disebut berita "online" adalah kerana seperti yang admin katakan, pembaca hanya perlu "search" dan "scroll" sahaja. Ini dapat menjimatkan masa terutama bagi mereka yang sangat sibuk dalam rutin harian mereka. Walau bagaimanapun, berita "online" mempunyai keburukan dari segi kesahihannya. Sesetengah berita yang didapati secara "online" akan mengandungi unsur tokok tambah. Terutama apabila sesuatu akhbar itu dimiliki oleh pihak yang berbeza, contohnya, akhbar yang berpihak kepada kerajaan akan lebih menumpukan berita yang berpihak kepada kerajaan dan begitu lah sebaliknya untuk akhbar yang berpihak kepada pembangkang. Tambahan lagi, berita "online" selalunya tidak memaparkan artikel penuh untuk sesuatu berita, sebaliknya, di hujung artikel, akan terdapat teks yang berbunyi "Sila dapatkan naskhah akhbar untuk berita penuh" yang menggalakkan para pembaca untuk membeli surat khabar jika ingin membaca artikel penuh.
ReplyDeleteDalam isu berita online ini, saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Rosmini. Kebanyakan akhbar memihak kepada sesebuah parti politik tertentu. Walaupun akhbar datang dengan pelbagai slogan tetapi mereka tetap mempunyai had- had tertentu dalam menyampaikan berita. Oleh itu, bagi saya berita online ini tidaklah 100% sahih. Hal ini kerana, terdapat orang-orang atasan yang masih memegang kuasa dalam meluluskan sesuatu berita dan bukanlah kuasa penulis berita sahaja dalam penyampaikan berita tertentu. Walaubagaimanapun, berita online ini dilihat sesuatu yang positif kerana ianya mudah disampaikan kepada pembaca dan pembaca itu sendiri secara terus dapat memberi pendapat mereka dengan lebih cepat kepada penulis dengan merujuk dari pelbagai sudut perbezaan maklumat yang disampaikan daripada akhbar-akbar online yang lainnya. Pembaca tidak seharusnya terlalu mempercayai sesuatu berita dengan cepat tetapi mereka perlu menilai sendiri berita yang disampaikan daripada akhbar lain. Oleh hal yang demikian, masyarakat perlulah prihatin dan merujuk dari pelbagai jenis akhbar tidak kira bercetak, atau secara online sesuatu isu untuk menilai sendiri maklumat yang disampaikan.
ReplyDeleteKemunculan berita "online" menunjukkan perkembangan atau peningkatan pihak akhbar dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. hal ini demikian kerana, berita dapat disampaikan dengan lebih cepat dan tersebar dengan begitu pantas. Ya walaupun wujud kekangan yang pembaca tidak boleh membaca berita itu sepenuhnya jika tidak melanggan, namun itu itu tidak menjadi masalah dengan wujudnya budaya "share" dalam kalangan masyarakat kini. Oleh itu, berita yang dipaparkan boleh dikongsi dan dibahas bersama-sama dengan wujudnya ruangan komen pada berita tersebut.
ReplyDeleteBagi pendapat saya, seperti kita tahu, berita online tidak lah sahih 100%, namun dengan kewujudannya berita online ini kan menjimatkan masa dan memudahkan pembaca iaitu hanya "search" sahaja. selain itu, berita online juga dapat disampaikan dengan cepat. namun demikian, untuk mendapatkan maklumat yang sahih ataupun secara keseluruhannya haruslah melihat dari setiap akhbar yang diterbitkan bagi mendapatkan maklumat yang sahih.
ReplyDeletepada pandangan saya, berita atas talian ini adalah satu benda yang rumit. Rumit bermaksud sumber berita tersebut adalah diragui. Namun, sekiranya berita atas talian itu diperolehi daripada Berita Harian Online, saya rasa sumber tersebut boleh dipercayai kerana saya percaya bahawa editor tidak akan sewenang-wenangnya menerbitkan berita yang sumbernya tidak sahih dan jelas. Berita atas talian ini lebih memudahkan masyarakat pada hari ini yang lebih banyak bergantung dengan gadget dan internet.
ReplyDeletepada pendapat saya berita online lebih banyak kebaikan yang dapat dilihat berbanding keburukan. Antaranya ialah kebaikan berita online apabila pembaca dapat menjimatkan masa mereka hanya dengan search internet dan skrol berita tersebut menerusi online. Pembaca tidak perlu susah payah untuk keluar membeli surat khabar atau menunggu waktu berita di televisyen untuk mengetahui sesuatu isu. Malahan pembaca juga boleh 'search' segala berita yang mereka mahu di mana-mana sahaja mereka berada.
ReplyDeletepada pandangan saya, kewujudan berita "Online" sememangnya perlu ada selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.Hal ini demikian kerana, kesibukan masyarakat kini dengan suatu kerja menyebabkan mereka tiada masa untuk membeli surat khbar bercetak untuk mengetahui berita dan informasi terkini. oleh sebab itu masyarakat kini lebih memilih berita online yang cepat hanya perlu "search" dan "scroll" sahaja segala berita yang mereka inginkan pasti terpapar. selain itu, tidak semua berita atas talian perlu diragui kesahihannya. Hal ini demikian kerana, saya juga bersetuju dengan pandangan Mayah Sufiautami Jusman yang menyatakan bahawa sumber Berita Harian Online boleh dipercayai kerana editor tidak akan sewenang-wenangnya menerbitkan berita yang sumbernya tidak sahih dan jelas.
ReplyDeletePada pendapat saya, berita online mempunyai kebaikkan dan keburukkan yang tersendri. Tidak dinafikan, kehidupan masyarakat pada masa sekarang yang rumit dan pantas menyebabkan mereka mahukan sesuatu yang boleh memudahkan kehidupan mereka. Berita online juga boleh diakses melalui telefon pintar sahaja dan pada pendapat saya, pada masa sekarang orang ramai tidak lekang daripada memegang telofon bimbit. Berita online banyak memberi manfaat kepada pembaca kerana mereka boleh mendapatkan informasi secara mudah dan cepat. Pelbagai berita online yang boleh didapati dan terpulang kepada pembaca untuk mempercayai setiap berita yang ditulis. Mereka juga boleh membanding berita yang ditulis oleh pembangkang dan kerajaan untuk mereka mendapatkan sesuatu kepastian dan kesahihan sesuatu berita. Namun, berita online juga mempunyai kelemahan tersendiri dimana, pembaca terpaksa mendapatkan surat khabar yang diterbitkan untuk mendapatkan berita yang lebih lanjut. , seperti yang dikatakan oleh Rosmini. Mengenai kesahihanya, ramai kawan-kawan berpendapat bahawa beritta online tidak 100% betul, tetapi pada pandangan saya, terpulang kepada individu tersebut untuk mempercayai berita tersebut atau tidak.
ReplyDeleteBerita yang disiarkan online lebih mudah untuk diakses dan mudah dibaca serta maklumat yng disampaikan adalah kalanya bertentangan dengan maklumat dari berita di akhbar. Berita online seperti malaysiakini adalah berita online yang tidak menyokong kerajaan dan hal ini kita dapat mengikuti perkembangan negara daripada pihak pembakang dan kerajaan. Bagi aspek mudah dan cepat pula, berita online lebih mudah dan cepat kerana dapat diakses dengan mudah jika dibandingkan dengan akhbar bercetak. Namun, terdapat keburukan berita online apabila kesahihan berita online tidak begitu sahih. Ada sebahagian berita yang dipaparkan tidak sahih dan tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menjadi berita yg baik, namun masyarakat hari ini hanya membaca dan sebilangan mereka sahaja yg menapis berita dahulu sebelum mempercayainya. Oleh itu, kita sebagai pengguna media harus sentiasa berwaspada dengan berita2 yang ingin dijadikan bahan bacaan.
ReplyDelete