Wednesday 4 March 2015

Teknologi membawa kebaikan atau keburukan?

Semakin hari teknologi semakin canggih. Kehadiran teknologi telah merubah corak kehidupan manusia pada masa kini. Terdapat kebaikan dan keburukan yang telah dibawa oleh kecanggihan teknologi itu sendiri. Entri pada hari ini akan membicarakan mengenai keburukan dan kebaikan yang telah dibawa oleh teknologi kepada manusia. 

Dari sudut kebaikan, teknologi seolah-olah memberikan 'jalan pintas' dalam kehidupan setiap individu. 'Jalan singkat' ini membawa makna bahawa teknologi telah memudahkan segala urusan individu di muka dunia ini. Sebagai contoh, teknologi yang sedia ada seperti handphone dan komputer memberi seribu kesenangan kepada setiap individu. Selain itu, kecanggihan teknologi seperti Skype yang keluar dengan idea penterjemah bahasa semasa video call adalah satu lagi teknologi yang menyenangkan kehidupan manusia. Kita kini boleh berkomunikasi dengan semua individu tanpa adanya miss communication disebabkan bahasa.

Dalam pelbagai kebaikan yang diberikan teknologi, terselit pelbagai keburukan apabila dunia semakin bergantung kepada teknologi.  Sebagai contoh, apabila mesin digunakan untuk menggantikan tenaga manusia khususnya dalam sektor industri. Pengurangan tenaga manusia dalam sektor industri akan membawa pengangguran khususnya kepada graduan universiti yang baru menamatkan pengajian. Negara sememangnya dibanjiri dengan graduan yang menganggur disebabkan kesusahan mencari pekerjaan yang di monopoli oleh rakyat asing, cuba bayangkan apa nasib kita sekiranya robot mengambil alih dalam sektor membuat mesin ataupun sektor perindustrian?



13 comments:

  1. jika dilihat dari sudut positif mengenai teknologi ini memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi memudahkan kehidupan setiap individu sekiranya bijak menggunakan teknologi tersebut. Dengan teknologi yang dibina semua urusan dapat dilakukan dengan mudah tanpa memerlukan pembaziran tenaga dan masa yang banyak.

    ReplyDelete
  2. pendapat aku, perkembangan teknologi yang berlaku pada masa kini tidak menjadi masalah malahan ia merupakan sesuatu perkara yang sangat bagus kerana kita menikmati pelbagai manfaat ekoran terciptanya teknologi-teknologi canggih yang memudahkan rutin harian kita...:)

    ReplyDelete
  3. bagi pendapat saya,. teknologi banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat hari ini. hal ini kerana pelbagai kerja dapat dimudahkan. kita dapat lihat pada hari ini juga, Malaysia antara negara yang membangun dengan cepat kerana teknologi yang digunakan. bagi keburukan teknologi pula, ia adalah dari diri kita sendiri sama ada menggunakan teknologi dengan baik ataupun sebaliknya.

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya pula, teknologi sememangnya sangat penting dalam era globalisasi yang bersifat mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang. oleh sebab itu, kemunculan teknologi baru sangat penting dalam kehidupan hari ini.

    ReplyDelete
  5. pada pendapat saya, teknologi membawa banyak kemudahan kepada kita terutamanya kepada mahasiswa seperti kita kerana, dengan adanya teknologi yang canggih, ia memudahkan kita untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan pantas untuk menyiapkan tugasan. tambahan pula, tugasan berkumpulan juga dapat diselesaikan dengan cepat kerana setiap ahli hanya perlu berinteraksi menggunakan telefon pintar mereka sahaja.

    ReplyDelete
  6. Tetapi, perkembangan teknologi juga perlu dilihat dari aspek yang berbeza, di mana teknologi mampu mengubah manusia menjadi individu yang terlalu bergantung terhadap teknologi. Contoh yang jelas, rata-rata individu tidak dapat berenggang dengan telefon pintar mereka. Ini dapat dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh Time magazine yang menunjukkan sebanyak 84 peratus responden tidak dapat 'berpisah' dengan telefon pintar mereka untuk sehari. Apa yang suatu dahulu sekadar memenuhi kehendak manusia menjadi keperluaan bagi hidup setiap individu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersetuju dengan pendapat Shareza. Teknologi yang dibina telah membuatkan seseorang individu terlalu bergantung dengan sesebuah teknologi seperti telefon bimbit. Saya sendiri tidak dapat berenggang atau terpisah dengan telefon bimbit. Tanpa telefon bimbit saya merasakan diri saya tidak sempurna dan akan merasa resah.

      Delete
  7. saya bersetuju dengan sahabat kita Shareza , teknologi masa kini amat membantu dan memudahkan kerja masyarakat sekarang. Namun, teknologi yang canggih juga menjadikan masyarakat malas untuk bekerja dan berfikir. Hal ini kerana, masyarakat terlalu bergantung dengan teknologi canggih sehinggakan semua perkara berada di hujung jari sahaja.

    ReplyDelete
  8. Bagi pendapat saya, dengan perkembangan teknologi pada masa kini, sememangnya banyak memberi kebaikan kepada manusia sehingga pada masa yang sama dengan perkembangan tersebut akan menyebabkan setiap manusia terlalu bergantung kepada mesin ini juga akan menyebabkan graduan banyak yang akan mengganggur.

    ReplyDelete
  9. Jika kita lihat dari segi ekonomi, teknologi merupakan salah satu penyumbang kepada perkembangan ekonomi dalam negara kita. Hal ini kerana, teknologi memudahkan urusan dan mempercepatkan masa. Malahan teknologi juga membolehkan usahawan menjimatkan kos dan dapat meningkatkan keuntungan dan perniagaan sekali gus kepada ekonomi negara. Namun, seperti yang dibincangkan teknologi juga menyubang kepada keburukannya tersendiri. Perkembangan ekonomi dan teknologi adalah berkaitan rapat antara satu sama lain. Yang menjadi keburukannya disini adalah penggunaan guna tenaga yang terhad. Mereka yang mempunyai kelayakan terutama kepada graduan-graduan yang baru lahir tidak dapat memajukan diri mereka. Persaingan bukan hanya kepada sesama graduan tetapi juga kepada teknologi itu sendiri.Dapat saya terangkan disini bahawa, teknologi ini menjadi kebaikan dan bonus kepada individu dan organisasi itu sendiri jika mereka dapat menggunakannya dengan baik dan berguna.

    ReplyDelete
  10. Sememangnya penggunaan teknologi luas,hidup kita sering bergantung kepada teknologi,sebagai contoh,pengguna "smart phone' adalah satu keperluan bukan lagi kehendak kita pada masa kini. Keburukkan teknologi seperti peggunaan internet sebagainya, menyebabkan kehidupan kita menjadi anti sosial,maksudnya kita bertemu tanpa secara face-to-face.. :)

    ReplyDelete
  11. Teknologi mungkin membawa seribu satu kebaikan kepada masyarakat, namun disebalik semua kesenangan yang diberikan terdapat harga yang perlu dibayar. Contohnya, take a look at those group of peers sitting at the table waiting for food, each of them would pay focus on their own smartphone, posting photo on Instagram, twittering and so on. I knew you guys must did this at least once, cause I am one of them, the victim of technology ;)

    ReplyDelete
  12. tknologi yang ada pada hari ini telah memberi banyak kesan terhadap diri individu. semua ini terpulang bagaimana individu menggunakan teknologi tersebut.

    ReplyDelete