Thursday 19 March 2015

teknologi dalam bidang perubatan

Dipos oleh: Mayah Sufiautami Jusman

Hai kawan-kawan.

Saya jumpa artikel ini di Berita Harian Online yang di muat naik pada ISNIN, 9 FEBRUARI 2015. Ianya berkaitan aksesori telefon pintar yang boleh mengesan HIV, dan Sifilis dalam masa 15minit. Penyelidikan ini dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat dan Rwanda. Menurut mereka, pesakit hanya perlu menitiskan darah ke atas aksesori ini dan keputusan ujian boleh didapati selepas 15minit berbanding dengan teknologi yang ada pada masa sekarang keputusan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam untuk diperolehi.

Apa yang menarik mengenai aksesori ini adalah kos yang digunakan sangat rendah iaitu sekitar AS$34 (RM122) yang mana jauh lebih rendah berbanding kaedah yang dilakukan di hospital yang dianggarkan membabitkan kos sebanyak AS$18000 (RM65000). 

Saya berpendapat bahawa perkembangan teknologi dalam bidang kesihatan amatlah baik dan memberi impak yang positif dalam kalangan masyarakat dan pengamal perubatan itu sendiri. Hal ini demikian kerana, penyakit berbahaya seperti HIV dan Sifilis dapat dikesan lebih awal agar pencegahan dapat dilakukan dari peringkat awal lagi. Tambahan lagi, kos yang dianggarkan oleh pengkaji amatlah rendah. Ini sangat baik untuk ekonomi negara kerana pelbagai bentuk penyelidikan boleh dilakukan.

Awak semua boleh membaca lebih lanjut mengenai artikel tersebut di sini dan berikan pendapat mengenai teknologi dalam bidang perubatan.

10 comments:

  1. Bagi pendapat saya, dengan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan juga menyebabkan rawatan yang lebih efektif dan cekap dimana penyakit-penyakit serius seperti Tuberclosis, Polio, Leprosy dan lain-lain telah dapat diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring juga dengan perkembangan teknologi penyakit kenser juga dapat diubati, contohnya melalui proses kemoterapi yang jelas menggunakan teknologi moden. Penyakit mungkin tidak dapat diubati pada zaman nenek moyang kita suatu ketika dahulu juga telah dapat diubati dengan efektif dengan menggunakan kepakaran teknologi perubatan yang semakin berkembang. Selain itu, dapat menjana pendapatan negara iaitu bidang perubatan dilihat sebagai industri alternatif yang dapat memberi pulangan ekonomi yang tidak ternilai dengan dunia yang tanpa sempadan ini, memperlihatkan bidang ini sebagai industri peluang yang cerah untuk meraih pendapatan yang lumayan. Hal ini kerana, pada masa kini bukan hanya untuk mengubati penyakit, dengan perkembangan teknologi dalam perubatan juga ramai oarang yang membelanjakan sejumlah besar wang untuk rawatan kosmetik sama ada untuk menghilangkan parut, kecantikan wajah dan menghilangkan lemak dibadan. jika negara kita memanfaatkan teknologi perubatan yang ada, tidak mustahil akan meningkatkan sumber pendapatan negara.

    ReplyDelete
  2. Aksesori telefon pintar yg boleh mengesan penyakit berbahaya?..emmm, ini sesuatu perkembangan teknologi yg baik kerana kita dpt menjimaatkan masa dan kos...tapi, saya masih ragu2 dn tdk percaya 100% kpd teknologi ini kerana ia masih sesuatu yg baru, bahkan penyakit seperti HIV dn sifilis adalah sesuatu penyakit yg serius dan berbahaya dan memerlukan pemeriksaan yg teliti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga masih belum 100% mempercayai aksesori ini kerana aksesori ini masih diperingkat penyelidikan lagi. tetapi, saya amat mengharapkan bahawa kajian ini berjaya dilakukan dan dunia perubatan maju setapak lagi. paling penting sekali dengan keberhasilan kajian ini, penyakit merbahaya dapat dikesan di peringkat awal.

      Delete
  3. Kecanggihan teknologi masa sekarang tidak dapat disangkal lagi. Mungkin sekarang kita rasa teknologi yang akan dicipta tidak masuk akal tapi kemungkinan akan wujud suatu hari nanti. Dalam hal ini, saya tidak rasa benda ini terlalu mustahil akan wujudnya teknologi yang dapat mengesan penyakit-penyakit berbahaya seperti ini, Mengesan mungkin dapat dipercayai tapi untuk mengubati penyakit itu agak mustahil buat masa sekarang dan tidak mustahil bagi masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. Sememangnya, kecanggihan teknologi masa kini membuatkan tiada yang mustahil, saya tidak hairan jika suatu hari nanti segala-gala alat perubatan akan digantikan dengan mesin dengan robot. Manusia yang menciptanya mungkin akan berasa bangga, namun pernahkah kita terfikir, jika segala alat perubatan dan tenaga manusia digantikan dengan mesin, apa akan terjadi kepada para doktor? Ya, mereka akan kehilangan pekerjaan dan pengorbanan mereka dalam menuntut ilmu perubatan akan menjadi sia-sia kerana kecanggihan teknologi dan tidak mustahil juga jika suatu hari nanti teknologi mengambil alih dunia.

    ReplyDelete
  5. Bagi saya perkembangan technologi dari segi perubatan amat berguna kepada mereka yang berpendapatan rendah. Hal ini kerana, kos perubatan yang tinggi khususnya di klinik swasta menyebabkan masyarakat berfikir-fikir untuk melakukan rawatan yang lebih berkesan. Selain itu, seperti yang kita ketahui terdapat segelintir warga emas yang bersikap degil dan sukar untuk ke klinik kerana berfikiran seperti kanak-kanak kecil. Mereka akan liat untuk ke klinik kerana takut dengan keputusan yang diberitahu oleh doctor. Walaubagaimanapun, teknologi seperti ini masih memerlukan pengawasan daripada mereka yang berkemahiran. Teknologi tetap dikelaskan seperti robot. Mereka akan mengetahui perkara yang sudah diprogramkan sahaja. Hanya manusia yang mempunyai IQ tinggi ini sahaja yang perlu dipercayai bukan kepada teknologi semata – mata.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Perkembangan teknologi masa kita sememangnya jelas menunjukkan kecanggihan teknologi tersebut. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil penyelidikan yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat dan Rwanda tersebut mendapati bahawa aksesori telefon pintar yang mampu mengesan penyakit HIV dan Sifilis. Berdasarkan penemuan ini sememangnya dapat membantu kita untuk mencegah penyakit tersebut dengan lebih awal. Bak kata pepatah "Mencegah lebih baik dari mengubati". Namun begitu, saya juga masih berasa ragu-ragu dengan penemuan ahli penyelidik tersebut kerana bagi pemahaman saya untuk mengesan penyakit merbahaya seperti HIV dan Sifilis memerlukan masa yang panjang untuk mengesahkan seseorang itu mengidapi penyakit tersebut kerana pemeriksaan yang lebih teliti harus dilakukan bagi mengesahkan sesuatu penyakit lebih-lebih lagi penyakit HIV dan Sifilis merupakan penyakit yang kronik dan merbahaya.

    ReplyDelete
  8. Penggunaan teknologi dalam mengesan sesuatu penyakit adalah perkara yang dapat dibanggakan kerana kita dapat menggunakan peralatan tersebut bagi mengesan dengan mudah malahan dapat membuat persediaan dengan lebih awal untuk merawat penyakit yang mungkin dihadapi. Namun, jika pengguna bergantung 100% terhadap peralatan tersebut, tidak mustahil untuk kita katakan bahawa khidmat doktor mungkin tidak diperlukan lagi melainkan untuk tugas-tugas berat dimana peralatan tersebut tidak mampu untuk membantu.

    ReplyDelete
  9. Penemuaan sesuatu teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih pantas dan mudah serta ia menunjukkan bahawa sesebuah Negara itu telah mencapai kemajuan. Penemuan teknologi dalam perubatan menjadikan sesuatu penyakit itu mudah dikesan dan dirawat. Namun, kepantasan teknologi tidak menjamin sesuatu penyakit itu boleh disembuhkan dalam jangka masa yang pendek. Dalam artikel ini, penyakit HIV dan sifilis boleh dikenalpasti hanya dengan menitiskan darah di atas aksesori telefon pintar. Ini menunjukkan suatu penemuan hebat telah berlaku dan menjadikan kehidupan manusia lebih mudah. Setelah penyakit dikesan rawatan dapat diambil dengan pantas dan dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Namun, penyakit berbahaya seperti ini harus diambil langkah berjaga-jaga dengan rapi agar pengesanan penyakit tersebut tidak salah dan menyebabkan orang ramai menjadi takut kerana kesilapan boleh belaku sekiranya hanya bergantung kepada teknologi sahaja tanpa mendapatkan rawatan daripada doktor.

    ReplyDelete