Sunday 10 May 2015

Cermin Mata Pintar



Sitti Rubinah Kintarasa 38888

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian..

            Entri saya pada kali ini adalah berkaitan dengan kewujudan cermin mata yang berteknologi tinggi. Pada awal januari  2015, terdapat kajian penciptaan cermin mata khas untuk kegunaan orang yang cacat penglihatan, apabila sudah terciptanya cermin mata untuk  orang cacat penglihatan  secara langsung anjing dan tongkat mungkin sudah tidak diperlukan oleh orang cacat penglihatan   sebagai petunjuk atau pun "mata kedua" bagi mereka.
            Berdasarkan kajian tersebut, penghasilan cermin mata khas untuk orang yang cacat penglihatan  dilengkapi oleh beberapa kamera stereoskopik kecil yang dimasukkan ke dalam lapisan cermin berkenaan kemudian pengguna tersebut dapat melihat dengan jelas apa sahaja objek di hadapan.


            Menurut pakar Universiti Oxford, Dr Stephen Hicks, alat bantuan melihat itu direka untuk menghalang seseorang yang berada dalam peringkat permulaan buta menjadi buta kekal. Pada masa yang sama juga beliau berkata bahawa alat bantuan khas untuk orang buta itu perlu menjalani beberapa ujian bermula Januari depan. Hal ini demikian kerana,  melibatkan 160 sukarelawan yang  bermasalah penglihatan di Oxford dan London.
            Selain itu, tujuan utama dalam penciptaan cermin mata ini adalah untuk membantu seseorang yang mempunyai masalah penglihatan dapat melihat dengan jelas, kos untuk memiliki sepasangan cermin mata ini adalah jauh lebih murah iaitu £600 (RM2,943) berbanding kos melahit anjing pemandu mencecah £30,000 (RM147,157) . 
Apakah pendapat anda tentang isu ini?

Rujukan:
http://www.sinarharian.com.my/global/cermin-mata-pintar-buat-si-buta

Expectation Vs Reality

Disediakan Oleh : Airin Safaarina Madrus (39697)


Pada era globalisasi kini, media sosial telah menjadi sebahagian daripada kemestian yang perlu ada bagi setiap individu. Generasi Y yang lahir dalam kemajuan teknologi kebanyakkannya mempunyai media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram bukan sahaja untuk berkongsi maklumat tetapi turut berkongsi cerita peribadi mereka. Setiap perkara, peristiwa, hari dan waktu yang dianggap penting dan menarik menjadi satu perkongsian dengan pengguna media yang lain. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun media sosial pula akan dianggap ketinggalan zaman dalam era ini. Walaubagaimanapun, adakah setiap identiti dan maklumat diri yang dikongsikan adalah benar belaka?. Video dibawah ini adalah contoh individu yang memalsukan identiti dan reality kehidupannya yang sebenar.


https://www.youtube.com/watch?v=Ri6wqcTgv14&feature=youtu.be


Tidak semua perkara yang dikongsi di media sosial adalah benar. Buktinya media berjaya mempengaruhi minda pemikiran masyarakat sehingga terdapat masyarakat yang sanggup memalsukan identiti dan realiti kehidupan sebenar agar tampak gah di media sosial. Selain itu, media sosial ini juga sering menjadi punca perbalahan antara pasangan yang sudah berkahwin dalam kehidupan sebenar kerana pemalsuan identiti.

Kesimpulannya, walau siapa pun kita, banggalah dengan apa yang kita miliki kerana dirimu begitu berharga…

Penagih “game” Tegar



Disediakan oleh: Mariana Binti Baddu (36846)

Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan satu isu di mana seorang penagih games, Cheng Jung- Yu yang berusia 23 Tahun  telah mati akibat terlalu asyik bermain games tanpa henti  sehingga meragut nyawanya sendiri. Hal ini disebabkan, mangsa tersebut tidak makan,tidak minum dan berada dalam statik selama 23 jam akhirnya ditemui mati dalam keadaan posisi yang sama iaitu dalam posisi tubuh yang  masih bermain game (Tenni Purwanti,2012).  Golongan gamers kini bukan sahaja dominan dalam kaum lelaki namun dengan teknologi  dan kecanggihan yang  sedia ada golongan perempuan juga tidak terkecuali  dalam hal ini. Apabila menyentuh  tentang permainan video, kebiasaannya mereka akan menggunakan permainan video tersebut hanya untuk mengisi masa lapang. Namun, golongan ini telah menyalahgunakannya dari segi masa, wang dan kesihatan.

Penyalahgunaan dari segi masa berlaku apabila golongan ini leka dengan permainan video sehingga mengabaikan tanggungjawab hakiki seperti tanggungjawab sebagai seorang anak,suami,isteri, pekerja, pelajar dan banyak lagi. Sebagai contoh, isu yang berlaku terhadap pasangan suami isteri yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak mereka kerana terlalu leka bermain games.

Selain itu, penyalahgunaan dari segi wang adalah melalui pembaziran wang  ke arah yang  tidak sapatutnya. Hal ini demikian kerana, kebanyakan games yang menarik memerlukan langganan internet yang mengeluarkan kos yang tinggi. Situasi ini bertambah teruk apabila  golongan-golongan ini ketagih dan sanggup  menghabiskan wang semata-mata untuk bermain  games demi memberi kepuasan kendiri. Contohnya, viral games COC (clash of clan) yang semakin digilai oleh golongan gamers tegar tidak kira usia sama ada muda atau tua. 


Di samping itu, impak bermain game yang  keterlaluan juga boleh menjejaskan seseorang dari aspek kesihatan terutamanya dari segi penglihatan, kecerdasan otak, insomnia sehingga boleh menyebabkan kematian. Hal ini dapat dibuktikan melalui kes-kes kematian yang dikhabarkan dan dipaparkan di dada-dada akhbar.
Kesimpulannya, sejauh mana kesedaran generasi sekarang terhadap ketagihan  permainan video dan online  yang boleh menyebabkan  pelbagai impak yang buruk kepada diri sendiri. “Tepuk dada tanyalah selera”. Sesungguhnya, “games for relaxation not for the obsession and addiction”. Pilihan berada di tangan anda.  


Rujukan:

Purwanti, T.(2012). Lagi, Gamer Ditemukan Meninggal di Depan Komputer | KOMPAS TEKNO. Retrieved from http://tekno.kompas.com/read/2012/02/07/08305248/lagi.gamer.ditemukan.meninggal.di.depan.komputer

Identiti Baru : Realiti atau Fantasi

Disediakan Oleh : Rosaidawanie Ismail 38506

Media baru secara ringkas adalah media yang terbentuk daripada interaksi antara manusia dengan internet. Kemunculan media baru memberi kesan kepada pengguna sama ada dari segi kebaikan mahupun keburukan. Media baru meliputi pelbagai media sosial seperti facebook, instagram, twitter, wechat, blog dan sebagainya.
Namun Facebook merupakan laman sosial yang paling popular di Malaysia. Populariti Facebook terserlah terutama dalam kalangan remaja. Turut menerima tempias keghairahan remaja menggunakan Facebook adalah golongan pelajar universiti. Seperti yang kita tahu laman sosial facebook boleh digunakan tanpa sebarang had dan tapisan.  Dengan kewujudan laman sosial seperti facebook menyebabkan wujudnya identiti baru diri seseorang kerana mereka menggunakan lebih dari satu akaun dengan nama dan perwatakan yang berbeza.
Penggunaan akaun yang banyak dengan menggunakan identiti yang berbeza atau menyamar boleh menimbulkan kekeliruan maklumat. Laporan terkini menunjukkan pengguna Facebook di negara ini mencecah angka 2,619,040 pengguna dan diletakkan di tangga ke-18 di dunia sebagai negara yang aktif memperbaharui status masing-masing dalam laman web sosial itu. Ia adalah angka yang cukup baik bagi menujukkan bahawa rakayat Malaysia adalah pengguna yang celik IT, namun pengguna juga perlu celik keselamatan bagi menjaga identiti diri. Hal ini kerana, terdapat kes yang membabitkan masalah menumpang identiti orang lain, perkhidmatan dinafikan, penipuan dan pemalsuan, terdedah kepada niat jahat, gangguan kandungan tidak senonoh, kod jahat atau 'malicious' dan gangguan sistem. Malah, tidak terkecuali masalah kegiatan menyamar sebagai individu tertentu dengan tujuan mengaibkan atau mengaut keuntungan yang mula menular mencari mangsa untuk ditipu. Oleh itu, adakah kesan daripada facebook yang mempunyai pelbagai identiti dari satu pihak telah meningkatkan juga tahap jenayah di negara kita?

Rujukan:
CyberSecurity Malaysia. Jerat Internet. (n.d). Retrieved, from
-Kebaikan dan keburukan media baru. (n.d). Retrieved, from
http://www.scribd.com/doc/59223171/Kebaikan-Dan-Keburukan-Media-Baru#scribd

Laman Sosial Musuh Bahasa

Disediakan Oleh: Nurlaylah Lai (39923)
Assalamualaikum dan selamat petang rakan-rakan……
            Entry kali ini saya hanya ingin memberi sedikit pandangan berkenaan penggunaan bahasa yang kita gunakan di laman-laman sosial kita seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Wechat dan lain-lain dalam menyampaikan mesej pesanan ringkas (SMS) mahupun ketika memuatnaik moment atau status.
            Khidmat Pesanan Ringkas atau dikenali sebagai sistem mesej singkat (SMS) merupakan khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit di negara kita. SMS telah dilancarkan secara komersial di Malaysia untuk kali pertamanya pada tahun 1995. Jika dahulu, komunikasi melalui SMS hanya melibatkan dua pihak iaitu pengirim dan penerima sahaja namun, kini tidak lagi seiring dengan kemajuan teknologi telekomunikasi mesej yang disalurkan dapat disampaikan secara komunikasi pelbagai hala dan dapat dibaca secara berkumpulan dengan kewujudan group dalam sesuatu laman sosial tersebut.
            Namun demikian, sedarkah kita, seiring dengan perkembangan SMS ini kita juga sebenarnya telah terjebak dengan suatu fenomena iaitu fenomena bahasa SMS. Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saluran SMS dan bahasa yang lazim digunakan ialah bahasa yang tidak baku atau bahasa slanga. Bahasa ini secara kebiasaannya merupakan bahasa yang berunsur campuran antara bahasa inggeris, bahasa melayu, bahasa daerah atau dialek. Singkatan atau gabungan kata turut digunakan secara semberonoh seperti dok2 (duduk-duduk), beG2 (begitu), U (awak), I (saya), maw join (ingin bergabung) dan lain-lain.
            Saya sedar dengan kemajuan teknologi pada masa kini penggunakan bahasa SMS ini digunakan secara meluas ekoran daripada penyebaran maklumat yang boleh disampaikan dengan sekelip mata sahaja. Tapi kita sebagai anak jati Malaysia perlu berhemah dalam penggunaan bahasa SMS ini. Jangan disebabkan ketaksuban penggunaan bahasa SMS ini kita kehilangan identiti Bahasa Malaysia pada masa hadapan.
                                                                                                        
Rujukan:
Gaya Dewan, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

            

Saturday 9 May 2015

Nahas DUKE

By Nurayni Beddu (38099) / Rosmini Mahyuddin (38525)


Pada 2 Mei lalu, satu kemalangan tragis yang berlaku di Lebuhraya Duke telah menggemparkan Malaysia apabila kemalangan ini telah meragut nyawa 3 beranak iaitu sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berumur 7 bulan. Selepas kemalangan ini, ramai warga Malaysia yang menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap 6 pemandu Myvi yang dipercayai menjadi punca kepada kemalangan tersebut. Tidak kurang juga cacian dan tohmahan yang dilemparkan kepada kelab Familia Myvi (FMC) di media sosial kerana menganjurkan aktiviti berlumba tersebut. Menurut rakaman CCTV, 6 buah kereta Myvi dipandu dengan laju sebelum salah sebuah dari kereta tersebut telah melanggar kereta Pajero Sport yang dinaiki oleh tiga beranak tersebut yang kemudiannya terbabas ke bahu jalan sebelum sebuah lagi kereta Myvi melanggar Pajero tersebut dan menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan dan terbalik dan berpusing sebanyak 4 kali menyebabkan ketiga-tiga mangsa terhumban keluar daripada kereta yang mereka naiki. Berikutan dengan kemalangan ini, para pengguna Myvi telah dimomokkan dan ditakut-takutkan hanya kerana mereka menggunakan jenis kereta yang sama dengan pemandu yang menyebabkan kemalangan tersebut. Inilah yang dimaksudkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tidak wajar untuk menyalahkan atau memandang sinis kepada pengguna Myvi yang lain kerana mereka tidak bersalah, begitu juga dengan mereka yang berpendapat bahawa pengeluaran kereta Myvi harus dihentikan kerana apabila sesuatu kemalangan berlaku, jangan salahkan kereta tapi salahkan pemandu yang membawa kereta tersebut. Mengikut pandangan kalian, adakah anda juga akan membuat perkara yang sama? Menghukum tanpa  menilai kebenaran sesuatu fakta.

Gadjet oh gadjet: Tetikus pengesan nadi

Dipos oleh: Mayah Sufiautami Jusman (36883)

Hai kawan-kawan...

Entri kali ini saya akan berikan satu berita yang bakal menggembirakan para gamer. Gamer atau gamers bermaksud seseorang individu yang gemar bermain permainan video. Menurut Urban Dictionary (2003), gamer merujuk kepada 

1.)someone who plays video games when bored...usually very good at it 

2.) someone who plays video games as a hobby


Di sini, saya akan berkongsi mengenai satu gadjet khas untuk gamers  iaitu tetikus pengesan nadi. Tetikus ini merupakan produk keluaran MioniX khas untuk penggemar permainan video NAOS, QG. Menurut Alhazri Alias (2015), syarikat pengeluar MioniX mengeluarkan gadjet terbaru ini disebabkan terdapat banyak laporan yang menyatakan penggemar permainan video sering mengabaikan aspek kesihatan disebabkan terlalu asyik dengan permainan video. 
Antara ciri-ciri tetikus ini adalah:
1) Tetikus ini dapat mengesan nadi dan keadaan pengguna dengan automatik  hanya dengan meletakkan tangan di atas tetikus tersebut.
2) Tetikus ini juga mampu mengesan tahap tekanan (stress) pengguna.
3) Jika kedua-dua pemain bermain menggunakan tetikus ini, mereka dapat melihat nadi rakan mereka.

Dengan kemajuan dalam dunia permainan video ini saya rasa teknologi pada hari ini sangat membangun dan telah melangkah satu tapak lagi kehadapan. Walapupun kemajuan ini adalah dari sudut dunia permainan video, tetapi saya rasa semua ini adalah sangat baik kerana ini menunjukkan dunia teknologi telah membuat satu lagi keluaran yang hebat dan saya percaya akan ada penyilidik yang membuat research and development (R&D) untuk membangunkan tetikus ini agar dapat digunakan bukan sahaja oleh golongan gamers.


P/S: Tetikus ini akan dikeluarkan pada bulan September nanti.

Rujukan:

Alhazri Alias. (2015, April 24). Tetikus pengesan nadi. Berita Harian Online. Retrieved from
http://www.bharian.com.my/node/49499

Urban Dictonary. (2003). Retrieved from
http://www.urbandictionary.com/define.php?term=gamer

Thursday 7 May 2015

Blog LGBT terima atau tidak?



Sitti Rubinah Kintarasa..38888

Salam kawan-kawan..entry pada kali ini adalah berkaitan dengan blog, namun entry ini saya specifikan kepada blog lesbian. Saya telah memilih satu contoh blog yang berkaitan lesbian mari lah bersama-sama kita lihat dan baca….
Definisi berikut adalah sekadar maklumat umum yang berkaitan dengan isu semasa yang sedang hangat melanda masyarakat Islam Malaysia.

a.    Homoseksual – adalah merujuk kepada seseorang individu yang tertarik atau mempunyai kecenderungan dari segi seks kepada orang yang sama jenis jantina;

b.    Gay – merujuk kepada lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu homoseksual;

c.    Lesbian – merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu perempuan homoseksual;

d.    Biseksual – kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan wanita

e.    Transeksual – seseorang lelaki atau perempuan yang berperasaan seperti perempuan atau sebaliknya dan menampilkan perasaannya secara nyata sama ada melalui pertuturan, gerak badan, cara berpakaian dan sebagainya

 Ini adalah merupakan contoh blog LGBT


Berdasarkan blog tersebut, kita boleh lihat bahawa sasaran utama blog ini adalah untuk orang-orang LGBT di Indonesia dimana melalui blog ini terbukti, menurut Dede Oetomo & Rudy Mustapha (1987), adalah merupakan  Kelompok Kerja Lesbian dan Gay Nusantara (KKLGN). KKLGN adalah menjadi satu organisasi lesbian dan gay yang mempunyai tujuan utama agar masyarakat Indonesia dapat menerima kelompok ini sama seperti kelompok heteroseksual di Indonesia.
Secara keseluruhannya, blog ini menerima tentangan daripada masyarakat Indonesia bahawa kewujudannya yang masih asing dan masyarakat di sana menganggap kelompok ini memalukan keluarga dan juga penyumbang yang besar kelompok gay  kepada penyakit AIDS. Tambbahan lagi sampai kini, golongan ini masih berjuang mempertahankan hak mereka serta melawan diskriminasi social di sekelilingnya.

 Namun demikian, isu ini akan menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap pengunjung dan pembaca blog ini. Hal ini kerana, isu seperti ini adalah agak sensitif terutamanya bagi kelompok yang terlibat dengan situasi seperti ini. Kemungkinan  besar juga ada segelintir pembaca yang menyokong dan tidak menyokong kelompok ini.
 
Sebagai seorang pegunjung dan pembaca blog ini haruslah berfikiran yang positif apa yang jadi sekarang ini adalah norma kehidupan dan yang paling penting harus di ingat dengan teknologi dan maklumat telah Berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah Negara malahan ia juga Berjaya merubah bentuk pemikiran ideology, budaya dan berbagai eleman luar memasuki ruang Negara lain tanpa sekatan dan kawalan.

Berkaitan dengan blog ini, tiada pembaca yang turut menyertai dalam perbincangan isu Homoseks. Persoalannya, mengapa masyarakat di Indonesia cara kehidupan mereka bebas walaupun merupakan Negara islam, namun ada segelintir yang tidak dapat menerima isu seperti ini.

Rujukan: 
http://annyaasss.blogspot.com/2011/09/keberadaan-kaum-homoseks-salah-satu.html,