Sunday 10 May 2015

Identiti Baru : Realiti atau Fantasi

Disediakan Oleh : Rosaidawanie Ismail 38506

Media baru secara ringkas adalah media yang terbentuk daripada interaksi antara manusia dengan internet. Kemunculan media baru memberi kesan kepada pengguna sama ada dari segi kebaikan mahupun keburukan. Media baru meliputi pelbagai media sosial seperti facebook, instagram, twitter, wechat, blog dan sebagainya.
Namun Facebook merupakan laman sosial yang paling popular di Malaysia. Populariti Facebook terserlah terutama dalam kalangan remaja. Turut menerima tempias keghairahan remaja menggunakan Facebook adalah golongan pelajar universiti. Seperti yang kita tahu laman sosial facebook boleh digunakan tanpa sebarang had dan tapisan.  Dengan kewujudan laman sosial seperti facebook menyebabkan wujudnya identiti baru diri seseorang kerana mereka menggunakan lebih dari satu akaun dengan nama dan perwatakan yang berbeza.
Penggunaan akaun yang banyak dengan menggunakan identiti yang berbeza atau menyamar boleh menimbulkan kekeliruan maklumat. Laporan terkini menunjukkan pengguna Facebook di negara ini mencecah angka 2,619,040 pengguna dan diletakkan di tangga ke-18 di dunia sebagai negara yang aktif memperbaharui status masing-masing dalam laman web sosial itu. Ia adalah angka yang cukup baik bagi menujukkan bahawa rakayat Malaysia adalah pengguna yang celik IT, namun pengguna juga perlu celik keselamatan bagi menjaga identiti diri. Hal ini kerana, terdapat kes yang membabitkan masalah menumpang identiti orang lain, perkhidmatan dinafikan, penipuan dan pemalsuan, terdedah kepada niat jahat, gangguan kandungan tidak senonoh, kod jahat atau 'malicious' dan gangguan sistem. Malah, tidak terkecuali masalah kegiatan menyamar sebagai individu tertentu dengan tujuan mengaibkan atau mengaut keuntungan yang mula menular mencari mangsa untuk ditipu. Oleh itu, adakah kesan daripada facebook yang mempunyai pelbagai identiti dari satu pihak telah meningkatkan juga tahap jenayah di negara kita?

Rujukan:
CyberSecurity Malaysia. Jerat Internet. (n.d). Retrieved, from
-Kebaikan dan keburukan media baru. (n.d). Retrieved, from
http://www.scribd.com/doc/59223171/Kebaikan-Dan-Keburukan-Media-Baru#scribd

9 comments:

  1. Bagi saya identiti baru yang diwujudkan dan direka oleh pengguna laman sosial khususnya Facebook sememangnya telah meningkatkan kadar jenayah. Hal ini demikian kerana individu lain mungkin akan terpedaya dengan identiti baru yang direka oleh golongan penjenayah.

    ReplyDelete
  2. Media baru yang wujud tidak salah yang bersalah pengguna itu sendiri samada pengguna itu menggunakan kemudahan media teknologi itu untuk kebaikan atau sebaliknya. Semuanya bergantung kepada pengguna itu sendiri dan kita seharusnya berwaspada walaupun secanggih mana pun teknologi baru tersebut supaya tidak terjebak dwngan menjadi mangsa pengguna yang menyalah gunakan teknologi.

    ReplyDelete
  3. Dewasa kini, penggunaan akaun melebihi daripada satu akaun adalah sinonim dalam media sosial terutamanya facebook. isu seperti ini dilihat tidak seberapa dan dipandang enteng namun hakikatnya menimbulkan pelbagai isu dan membawa ke arah kekeliruan identiti. hal ini disebabkan, kegunaan laman sosial itu sendiri membenarkan kita melakukan apa sahaj tanpa limitasi dan akhirnya kecanggihan media baru melahirkan identiti baru dan seterusnya mencipta personaliti yang baru terhadap individu seseorang dan meningkatkan jenayah cyber baru seperti akaun palsu.

    ReplyDelete
  4. Yes, it is! Different identity did increase the rate of crime because as we can see now, there are lot of phishing cases occurred. Besides, there are also people who create a Facebook account in which they are selling various products and when people are interested to buy, they will bank in the money but in the end, they got nothing, the account's owner is missing in action and cannot be contacted.

    ReplyDelete
  5. Kemunculan pelbagai medium sosial seperti facebook, twitter, wechat dan sebagainya memberi banyak keseronokkan kepada pengguna kerana sistemnya yang pelbagai dan menarik. Pengguna boleh mengemaskini dalam akaun mereka mengenai aktiviti yang mereka lakukan dan mereka juga boleh berkongsi gambar melalui akaun yang mereka cipta. Namun, pengguna harus berhati-hati dalam menggunakan teknologi seperti ini kerana penipuan boleh berlaku dan menyebabkan kadar jenayah meningkat. Identiti pengguna juga boleh diambil oleh pengguna yang lain untuk mereka gunakan untukmemenuhi agenda yang tertentu.

    ReplyDelete
  6. Sebagai langkah berjaga-jaga, kita seharusnya lebih berhati-hati dalam menerima friend request dalam media sosial kerana terdapat banyak akaun palsu yang dibuat dengan tujuan untuk menipu. Oleh itu, tidak perlulah menerima friend request daripada orang yang tak dikenali dengan alasan sebab mahukan ramai bilangan kawan di laman media.

    ReplyDelete
  7. Kewujudan pelbagai akaun facebook contohnya, tidaklah meningkatkan kadar jenayah. Namun yang menjadi satu kesalahan jenayah adalah tujuan penggunaan media sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, terdapat segelintir pengguna yang menggunakan identiti orang lain untuk kepentingan diri sendiri bagi meraih keuntungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat saya sama seperti airin, kesalahan jenayah dalam laman sosial facebook semua terletak kepada tujuan pengguna media tersebut. hal ini kerana, ada segelintir pengguna media yang terlalu taksub dan tidak ingat dosa dan pahala mungkin akan berbuat sedemikian.

      Delete
  8. Ya ianya meningkatkan kadar jenayah. Contoh yang paling mudah adalah jenayah dalam pemalsuan identiti orang lain atas tujuan untuk mengaibkan orang tersebut. Kes ini berlaku kepada rakan serumah saya sendiri apabila seseorang telah menggunakan identiti rakan serumah saya tersebut di facebook dan telah mengupdate kata-kata yang kesat, kurang sopan dan gambar-gambar yang tidak senonoh menggunakan maklumat rakan serumah saya. Rakan saya tersebut telah mengambil langkah keselamatan dengan melaporkan kes tersebut kepada pihak polis apabila telah mendapat tahu perkara tersebut daripada guru sekolah lamanya.

    ReplyDelete