Sunday 10 May 2015

Laman Sosial Musuh Bahasa

Disediakan Oleh: Nurlaylah Lai (39923)
Assalamualaikum dan selamat petang rakan-rakan……
            Entry kali ini saya hanya ingin memberi sedikit pandangan berkenaan penggunaan bahasa yang kita gunakan di laman-laman sosial kita seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Wechat dan lain-lain dalam menyampaikan mesej pesanan ringkas (SMS) mahupun ketika memuatnaik moment atau status.
            Khidmat Pesanan Ringkas atau dikenali sebagai sistem mesej singkat (SMS) merupakan khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit di negara kita. SMS telah dilancarkan secara komersial di Malaysia untuk kali pertamanya pada tahun 1995. Jika dahulu, komunikasi melalui SMS hanya melibatkan dua pihak iaitu pengirim dan penerima sahaja namun, kini tidak lagi seiring dengan kemajuan teknologi telekomunikasi mesej yang disalurkan dapat disampaikan secara komunikasi pelbagai hala dan dapat dibaca secara berkumpulan dengan kewujudan group dalam sesuatu laman sosial tersebut.
            Namun demikian, sedarkah kita, seiring dengan perkembangan SMS ini kita juga sebenarnya telah terjebak dengan suatu fenomena iaitu fenomena bahasa SMS. Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saluran SMS dan bahasa yang lazim digunakan ialah bahasa yang tidak baku atau bahasa slanga. Bahasa ini secara kebiasaannya merupakan bahasa yang berunsur campuran antara bahasa inggeris, bahasa melayu, bahasa daerah atau dialek. Singkatan atau gabungan kata turut digunakan secara semberonoh seperti dok2 (duduk-duduk), beG2 (begitu), U (awak), I (saya), maw join (ingin bergabung) dan lain-lain.
            Saya sedar dengan kemajuan teknologi pada masa kini penggunakan bahasa SMS ini digunakan secara meluas ekoran daripada penyebaran maklumat yang boleh disampaikan dengan sekelip mata sahaja. Tapi kita sebagai anak jati Malaysia perlu berhemah dalam penggunaan bahasa SMS ini. Jangan disebabkan ketaksuban penggunaan bahasa SMS ini kita kehilangan identiti Bahasa Malaysia pada masa hadapan.
                                                                                                        
Rujukan:
Gaya Dewan, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

            

11 comments:

  1. Sikap pengguna yang sering menggunakan bahasa yang sukar difahami bukan sahaja menimbulkan kemarahan pada penerima malahan juga boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada bahasa ibunda kita. Mungkin pada mereka cara yang digunakan adalah untuk menjimatkan masa untuk menaip sesuatu ayat namun dalam tidak sedar ayat yang digunakan tidak sampai kepada penerima kerana terlalu ringkas. Contohnya 'mx' ringkasan dari perkataan mintak. Oleh itu, pengguna perlu sedar bahawa ringkasan perkataan bukan memudahkan atau menjimatkan masa namun lebih kepada merosakkan bahasa kita.

    ReplyDelete
  2. bahasa ringkasan juga dapat menimbulkan salah faham dalam menginterprasi sesuatu mesej yang disampaikan. hal ini demikian kerana, tidak semua individu yang dapat memahami mesej atau penggunaan bahasa yang kita maksudkan kerana maksud dan pemahaman suatu bahasa itu berbeza-beza mengikut individu itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersetuju dengan pendapat kamu..apabila mesej yg dihantar disalah tafsir oleh penerima kerana menggunakan bahasa yg terlalu ringkas menyebabkan berlakunya kegagalan dalam menyampaikan mesej

      Delete

  3. Bahasa jiwa bangsa, namun pada masa sekarang, dapat dilihat Bahasa tidak dijadikan sebagai sesuatu perkara yang penting. Bahasa juga mewakili sesuatu bangsa, namun dengan kemunculan pesanan khidmat ringkas ini, semua Bahasa ditukar dan dipendekkan ejaannya malahan terdapat juga ejaan yang lari dari perkataan asal. Ini berkemungkinan, pengguna ingin menjimatkan masa mereka dan berfikir, ini hanya pesanan dan sekiranya pesanan yang dihantar penerima dapat fahami itu sudah mencukupi. Namun, ia juga memberi kesan kepada Bahasa kita, di mana terlampau ringkas akan merosakkan Bahasa tersebut dan memberi maksud yang berbeza.

    ReplyDelete
  4. Bahasa adalah identiti kepada sesebuah negara. Mungkin kerana terlalu inginkan kemudahan dalam menyampaikan khidmat pesanan ringkas (SMS) perkara ini semakin terusan berlaku. Seharusnya, kesedaran tentang bahasa rasmi perlu ditingkatkan. Hal ini kerana, semakin lama semakin banyak perkataan-perkataan baru wujud di dalam Kamus Dewan daripada kependekan kata dan juga konsep-konsep yang digunakan dalam teknologi kini. Selain daripada kependekatan kata, dari segi ejaan dalam khidmat pesanan juga kadang kala menyebabkan penerima maklumat tidak dapat memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penerima. Oleh itu, bagi saya sangat perlu diwujudkan kempen kesedaran tentang bahasa rasmi supaya identiti negara dapat dipelihara.

    ReplyDelete
  5. Saya juga bersetuju dengan apa yang laylah cuba sampaikan. Sebab siapa lagi yang akan memartabatkan bahasa kebangsaan kalau tidak rakyat nya sendiri.

    ReplyDelete
  6. Saya juga merasakan bahawa bahasa anak-anak muda pada zaman sekarang seolah-olah tidak memartabatkan bahasa Malaysia. Penggunaan bahasa rojak dan ejaan yang disingkatkan telah merosakkan bahasa Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Sebagai golongan belia saya amat memahami mengapa mixing kod atau percampuran kod berlaku antara bahasa malayu dengan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris yang sering digunakan oleh golongan pengemar SMS ini. Bagi saya menggunakn bahasa yang bercampur antara bahasa lain dan dapat menyingkatkan masa untuk menaip SMS.Oleh itu gabungan dua bahasa ini akan memberi kesan kepada bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  8. saya sebenarnya sangat tidak sukakan bahasa sms yang terlebih singkat dan berbunga dan kadang-kadang seperti membawa maksud yang berbeza. Saya mempunyai seorang kawan yang terlalu sering menggunakan bahasa sms yang mana ejaannya boleh membawa maksud lain. Contohnya, "tengok lah macam mana", dia akan tulis seperti ini "ngokk lerh macam manew". Perkataan "ngokk" itu boleh disalahtafsirkan sebagai "bongok", saya sangat kurang gemar apabila ada yang menggunakan bahasa sms tahap bahasa budak tadika. Apalah susah sangat untuk menaip dengan menggunakan ejaan yang penuh dan bahasa yang sesuai.

    ReplyDelete
  9. Budaya menggunakan bahasa sms ini boleh dianggap sebagai perosak bahasa kerana tidak dinafikan bahawa mereka yang terlalu terpengaruh dengan bahasa sms ini akan menulis perkataan dan ejaan-ejaan tersebut semasa menulis untuk tugasan rasmi mereka. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, tidak sepatutnya kita menggunakan bahasa sms yang terlalu mainstream.

    ReplyDelete
  10. saya juga berpendapat sama seperti kawan sekalian, bahasa sms tidak seharusnya digunakan. hal ini kerana bahasa sms yang digunakan bukan semua dapat menerangkan apa yang mahu disampaikan dan ada juga bahasa sms tidak di faham seperti pensyarah dalam kelas memerangkan contoh ayat yang tiada makna 'huhuhuhu" ini juga akan menyukarkan kepada pembaca sms kerana tidak faham.

    ReplyDelete