Saturday 9 May 2015

Gadjet oh gadjet: Tetikus pengesan nadi

Dipos oleh: Mayah Sufiautami Jusman (36883)

Hai kawan-kawan...

Entri kali ini saya akan berikan satu berita yang bakal menggembirakan para gamer. Gamer atau gamers bermaksud seseorang individu yang gemar bermain permainan video. Menurut Urban Dictionary (2003), gamer merujuk kepada 

1.)someone who plays video games when bored...usually very good at it 

2.) someone who plays video games as a hobby


Di sini, saya akan berkongsi mengenai satu gadjet khas untuk gamers  iaitu tetikus pengesan nadi. Tetikus ini merupakan produk keluaran MioniX khas untuk penggemar permainan video NAOS, QG. Menurut Alhazri Alias (2015), syarikat pengeluar MioniX mengeluarkan gadjet terbaru ini disebabkan terdapat banyak laporan yang menyatakan penggemar permainan video sering mengabaikan aspek kesihatan disebabkan terlalu asyik dengan permainan video. 
Antara ciri-ciri tetikus ini adalah:
1) Tetikus ini dapat mengesan nadi dan keadaan pengguna dengan automatik  hanya dengan meletakkan tangan di atas tetikus tersebut.
2) Tetikus ini juga mampu mengesan tahap tekanan (stress) pengguna.
3) Jika kedua-dua pemain bermain menggunakan tetikus ini, mereka dapat melihat nadi rakan mereka.

Dengan kemajuan dalam dunia permainan video ini saya rasa teknologi pada hari ini sangat membangun dan telah melangkah satu tapak lagi kehadapan. Walapupun kemajuan ini adalah dari sudut dunia permainan video, tetapi saya rasa semua ini adalah sangat baik kerana ini menunjukkan dunia teknologi telah membuat satu lagi keluaran yang hebat dan saya percaya akan ada penyilidik yang membuat research and development (R&D) untuk membangunkan tetikus ini agar dapat digunakan bukan sahaja oleh golongan gamers.


P/S: Tetikus ini akan dikeluarkan pada bulan September nanti.

Rujukan:

Alhazri Alias. (2015, April 24). Tetikus pengesan nadi. Berita Harian Online. Retrieved from
http://www.bharian.com.my/node/49499

Urban Dictonary. (2003). Retrieved from
http://www.urbandictionary.com/define.php?term=gamer

11 comments:

  1. Sememangnya tetikus ini memberi alternatif lain utk para gamer untuk lebih menjaga kesihatan kerana apa para gamer yang bermain games sehingga lupa tentang kesihatan. Tetapi langkah ini belum tentu dapat menyelesaikan masalah dengan sepenuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sekurang-kurangnya tetikus ini dapat membantu mengurangkan kadar kematian para gamers yang terlalu taksub bermain games seperti kes kematian yg berlaku di negara Jepun apabila ia mampu mengukur tahap kesihatan penggunanya.

      Delete
    2. Tetapi jika dilihat dari sudut teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan tetikus pengesan nadi ini adalah satu kejayaan yang besar

      Delete
  2. alat tetikus yang dicipta secanggih seperti ini seharusnya dijadikan role model untuk alat teknologi yang lain. hal ini demikian kerana, kebanyakan alat teknologi yang dicipta dewasa kini hanya untuk memudahkan manusia namun aspek kesihatan terutamanya kurang dititkberatkan. oleh sebab itu, kemajuan teknologi perlulah seiring dengan penigkatan "healthy life style" .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya setuju...kecangihan teknologi tidak bermakna jika penggunanya memiliki tahap kesihatan yang rendah.

      Delete
  3. Tidak dinafikan sekarang adalah zaman teknologi yang tinggi sehinggakan mampu mengeluarkan alat tetikus yang dapat mengesan nadi dan tahap stres seseorang. Saya bersetuju dengan pendapat Mariana bahawa aspek kesihatan juga penting selain daripada penciptaan pelbagai jenis alat teknologi.

    ReplyDelete
  4. Dengan kemajuan teknologi sekarang, apa sahaja boleh dihasilkan termasuklah tetikus pengesan nadi ini. pada pendapat saya, alat seperti ini sangat bagus terutama kepada pemain gamer yang tegar kerana mereka dapat melihat adakah kesihatan mereka dalam keadaan yang baik dan sekiranya sesuatu yang tidak dapat baik dapat dikesan dengan cepat, tindakan susulan dapat diambil. Pemain gamer boleh berhenti bermain game dan melakukan aktiviti lain setelah mengenalpasti keadaan kesihatan mereka yang kurang baik. Malahan, mereka juga dapat meneruskan aktiviti yang mereka minat tanpa perlu merasa takut lagi.

    ReplyDelete
  5. Jjika kita lihat dengan teliti, tidak semua teknologi itu berkesan. Walaupun dunia kini semakin maju dan bilangan teknologi canggih yang dapat menggantikan fungsi-fungsi manusia telah meningkat, tidak semuanya meninggalkan kesan positif. Pokok pangkalnya daripada diri kita sendiri yang perlu mencegah daripada mengubat. Dalam hal ini, bermain games itu tidak salah tetapi yang menjadikannya satu kesalahan adalah apabila pengabaian tentang keperluan badan mereka itu wujud dan tidak diendahkan oleh pemain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eya saya setuju apa yang di utarakan oleh airin safaarina, walaupun negara kita mempunyai teknologi yang canggih dan mampu mencipta pelbagai peralatan untuk kegunaan masyarakat namun, kita juga yang memainkan peranan yang penting untuk mencegah daripada mengubati.

      Delete
  6. Pada pandangan saya, penggunaan teknologi yang canggih seperti tetikus yang dapat mengesan nadi pengemar game bagus dan pengemar game juga akan lebih alert tentang kesihatan diri mereka. Jika banyak lagi penggunaan teknologi yang mementingkan kesihatan pengguna akan menarik minat orang ramai untuk memberi produk teknologi mereka dan sekaligus kesihatan mereka juga trjaga dengan adanya teknologi sebegitu.

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya pula, penciptaan tetikus pengesan nadi ini seperti lebih menggalakkan para pengguna untuk menggunakan komputer mereka dan mengisi masa mereka dengan menekan tetikus tersebut, semakin hari kita semakin menjadi hamba kepada teknologi ciptaan kita sendiri.

    ReplyDelete