Thursday 7 May 2015

Blog LGBT terima atau tidak?



Sitti Rubinah Kintarasa..38888

Salam kawan-kawan..entry pada kali ini adalah berkaitan dengan blog, namun entry ini saya specifikan kepada blog lesbian. Saya telah memilih satu contoh blog yang berkaitan lesbian mari lah bersama-sama kita lihat dan baca….
Definisi berikut adalah sekadar maklumat umum yang berkaitan dengan isu semasa yang sedang hangat melanda masyarakat Islam Malaysia.

a.    Homoseksual – adalah merujuk kepada seseorang individu yang tertarik atau mempunyai kecenderungan dari segi seks kepada orang yang sama jenis jantina;

b.    Gay – merujuk kepada lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu homoseksual;

c.    Lesbian – merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu perempuan homoseksual;

d.    Biseksual – kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan wanita

e.    Transeksual – seseorang lelaki atau perempuan yang berperasaan seperti perempuan atau sebaliknya dan menampilkan perasaannya secara nyata sama ada melalui pertuturan, gerak badan, cara berpakaian dan sebagainya

 Ini adalah merupakan contoh blog LGBT


Berdasarkan blog tersebut, kita boleh lihat bahawa sasaran utama blog ini adalah untuk orang-orang LGBT di Indonesia dimana melalui blog ini terbukti, menurut Dede Oetomo & Rudy Mustapha (1987), adalah merupakan  Kelompok Kerja Lesbian dan Gay Nusantara (KKLGN). KKLGN adalah menjadi satu organisasi lesbian dan gay yang mempunyai tujuan utama agar masyarakat Indonesia dapat menerima kelompok ini sama seperti kelompok heteroseksual di Indonesia.
Secara keseluruhannya, blog ini menerima tentangan daripada masyarakat Indonesia bahawa kewujudannya yang masih asing dan masyarakat di sana menganggap kelompok ini memalukan keluarga dan juga penyumbang yang besar kelompok gay  kepada penyakit AIDS. Tambbahan lagi sampai kini, golongan ini masih berjuang mempertahankan hak mereka serta melawan diskriminasi social di sekelilingnya.

 Namun demikian, isu ini akan menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap pengunjung dan pembaca blog ini. Hal ini kerana, isu seperti ini adalah agak sensitif terutamanya bagi kelompok yang terlibat dengan situasi seperti ini. Kemungkinan  besar juga ada segelintir pembaca yang menyokong dan tidak menyokong kelompok ini.
 
Sebagai seorang pegunjung dan pembaca blog ini haruslah berfikiran yang positif apa yang jadi sekarang ini adalah norma kehidupan dan yang paling penting harus di ingat dengan teknologi dan maklumat telah Berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah Negara malahan ia juga Berjaya merubah bentuk pemikiran ideology, budaya dan berbagai eleman luar memasuki ruang Negara lain tanpa sekatan dan kawalan.

Berkaitan dengan blog ini, tiada pembaca yang turut menyertai dalam perbincangan isu Homoseks. Persoalannya, mengapa masyarakat di Indonesia cara kehidupan mereka bebas walaupun merupakan Negara islam, namun ada segelintir yang tidak dapat menerima isu seperti ini.

Rujukan: 
http://annyaasss.blogspot.com/2011/09/keberadaan-kaum-homoseks-salah-satu.html,



 


10 comments:

  1. bagi saya kewujudan blog-blog seperti ini boleh diterima namun bergantung kepada tujuan kewujudan blog tersebut...sekiranya ia bertujuan untuk mendidik masyarakat berfikir dan memberi infomasi ia baik untuk diwujudkan...namun sekiranya ia bertujuan untuk menggalakkan lagi masyarakat terlibat dalam gejala songsang ia tidak wajar untuk diwujudkan.

    ReplyDelete
  2. ya saya bersetuju dengan hujah yang disampaikan oleh Nurlaylah. hal ini demikian kerana, suatu perkara yang dilakukan itu adalah bergantung dengan tujuan masing-masing begitu juga dengan isu kewujudan blog-blog tersebut.oleh sebab itu, terpulang kepada individu itu sendiri sama ada hendak melihat dari sudut yang positif ataupun negatif.hal ini berikutan kerana, bagi saya kewujudan blog-blog sedemikian mampu membuka fikiran masyarakat dan dapat menambahkan lagi pengetahuan berkaitan isu-isu semasa yang berlaku pada hari ini. tepuk dada tanyalah selera. saya yakin anda bijak dalam menilai sesuatu perkara itu sama ada baik ataupun buruk.

    ReplyDelete
  3. Selalunya, blog yng wujud ni adalah untuk berkongsi cerita, ilmu dan minat.. Namun, kadangkala memang sesuatu yang ingin kita sampaikan dan komgsikan ini akan ada yg menentang.. Samalah dengan blog- blog kerajaan..akan timbul penentang2 kerajaan.. Sepama kes seperti blog lgbt ini.. Akan timbul golongan yang menentang dan menyokong.. Blog itu sebenarnya memberi kebaikan kepada meraka.. Terletak kepada pengguna

    ReplyDelete
  4. Bagi saya kewujudan blog seperti agak sensitif di mata rakyat. Terutamanya apabila admin menyatakan bahawa blog ini ditulis pleh penulis Indonesia dan penulis telah menubuhkan persatuan untuk golongan ini. Tetapi seperti yang kita maklum penulis blog bebas untuk menulis apa sahaja yang diinginkan pada blog mereka,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu mayah...penulis blog bebas menulis apa sahaja entry di blog mereka. Ditambah lagi dengan tiada akta atau sekatan yang boleh dikenakan ke atas mereka jika mereka menulis unsur yang negatif melainkan terdapat pihak ketiga yang melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa baru tindakan akan diambil.

      Delete
  5. Pada pandapat saya, kewujudan blog-blog sebegitu adalah untuk menarik perhatian umum dan menarik golongan yang sekufu dengan mereka untuk menyertai mereka. Mereka juga kemungkinan berbuat sedemikian supaya memberitahu kepada masyrakat umum tentang kewujudan golongan mereka mungkin juga mereka berbuat sedemikian untuk menuntut hak mereka sebagai golongan LGBT.

    ReplyDelete
  6. Saya kurang bersetuju dengan kewujudan blog-blog seperti ini kerana seperti yang kita tahu LGBT adalah dilarang disisi Islam bahkan tidak diterima langsung mereka yang cuba mengubah diri mereka . Kewujudan blog-blog seperti ini boleh memberi kesan negatif apabila blog tersebut mampu mengumpulkan mereka yang menyokong LGBT dan mendesak orang ramai supaya menerima golongan mereka.

    ReplyDelete
  7. Saya bersetuju dengan pendapat Ros Aida Wanie. Hal ini kerana seolah-olah blog yang wujud itu memberi satu tarikan kepada mereka yang mempunyai peribadi serong daripada jantina mereka untuk membuat keputusan mengubah identiti mereka yang asal. Seperti kita ketahui, blog dan laman web adalah sumber rujukan kepada pengguna internet. Oleh itu, perkara ini tidak seharusnya berlaku, lebih-lebih lagi dalam negara Islam seperti di Malaysia dan Indonesia.

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya, kemunculan blog seperti ini kurang sesuai untuk bacaan umum kerana blog seperti ini banyak menyentuh sesitiviti terutama agama. Tidak dinafikan, semua orang di atas muka bumi ini mempunyai hak masing-masing, namun harus diingat agama juga penting untuk diambil kira sebelum menghasilkan blog seperti ini. berkemungkinan ia akan menaikkan kemarahan segelintir masyrakat yang rata-rata menentang kumpulan LGBT yang wujud dalam sesebuah Negara.

    ReplyDelete
  9. Isu berkenaan golongan ini adalah sensitif bagi kita rakyat Malaysia terutama sekali yang beragama Islam, akan tetapi mungkin berbeza dengan mereka yang berada di Indonesia kerana umum mengetahui bahawa cara hidup rakyat Indonesia lebih terbuka berbanding cara hidup kita di Malaysia meskipun kedua-dua negara ini merupakan negara Islam. Oleh itu, tidak hairan lah jika wujud blog-blog seperti ini dan tidak dibanned oleh pihak berkuasa.

    ReplyDelete