Saturday 9 May 2015

Nahas DUKE

By Nurayni Beddu (38099) / Rosmini Mahyuddin (38525)


Pada 2 Mei lalu, satu kemalangan tragis yang berlaku di Lebuhraya Duke telah menggemparkan Malaysia apabila kemalangan ini telah meragut nyawa 3 beranak iaitu sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berumur 7 bulan. Selepas kemalangan ini, ramai warga Malaysia yang menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap 6 pemandu Myvi yang dipercayai menjadi punca kepada kemalangan tersebut. Tidak kurang juga cacian dan tohmahan yang dilemparkan kepada kelab Familia Myvi (FMC) di media sosial kerana menganjurkan aktiviti berlumba tersebut. Menurut rakaman CCTV, 6 buah kereta Myvi dipandu dengan laju sebelum salah sebuah dari kereta tersebut telah melanggar kereta Pajero Sport yang dinaiki oleh tiga beranak tersebut yang kemudiannya terbabas ke bahu jalan sebelum sebuah lagi kereta Myvi melanggar Pajero tersebut dan menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan dan terbalik dan berpusing sebanyak 4 kali menyebabkan ketiga-tiga mangsa terhumban keluar daripada kereta yang mereka naiki. Berikutan dengan kemalangan ini, para pengguna Myvi telah dimomokkan dan ditakut-takutkan hanya kerana mereka menggunakan jenis kereta yang sama dengan pemandu yang menyebabkan kemalangan tersebut. Inilah yang dimaksudkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tidak wajar untuk menyalahkan atau memandang sinis kepada pengguna Myvi yang lain kerana mereka tidak bersalah, begitu juga dengan mereka yang berpendapat bahawa pengeluaran kereta Myvi harus dihentikan kerana apabila sesuatu kemalangan berlaku, jangan salahkan kereta tapi salahkan pemandu yang membawa kereta tersebut. Mengikut pandangan kalian, adakah anda juga akan membuat perkara yang sama? Menghukum tanpa  menilai kebenaran sesuatu fakta.

9 comments:

  1. Bagi saya ini menunjukkan mentaliti masyarakat pada hari ini sangat rendah. Masyarakat seolah-olah menyalahkan kereta myvi dan bukan pemandu kereta myvi tersebut. Saban hari kita akan melihat kemusnahan yang dilakukan oleh golongan ini terhadap kereta myvi yang tiada kaitan dengan nahas tersebut. Perkara ini sangat mendukacitakan. Pemikiran masyarakat seolah-olah tidak berkembang dengan seiring dengan perkembangan teknologi yang ada pada hari ini.

    ReplyDelete
  2. ya saya setuju dengan pandangan Mayah Sufiautami. selain itu, bagi saya sesetengah mentaliti rakyat kita masih diparas "setahun jagung". hal ini demikian kerana, kita sedia maklum bahawa kemalangan sering kali berlaku namun, isu Nahas Duke dijadikan sebagai sesuatu perkara yang baru berlaku dan mencetuskan pelbagai isu baru. justeru, banyak pihak saling menunding jari serta menilai mengikut pandangan masing-masing sehingga membuat kesimpulan tersendiri tanpa bukti yang sahih dan akhirnya membawa kepada jalan penyelesaian yang tidak relevan

    ReplyDelete
  3. Bagi saya, rakyat Malaysia sangat prihatin tapi sayang keprihatinan mereka di terjemahkan dalam keadaan yang salah dan seolah-olah tidak menggunakan kewarasan akal . Bertindak menghukum pihak yang tidak bersalah bukanlah etika keprihatinan yang sebenar.

    ReplyDelete
  4. Isu kemalangan tersebut mendapat keprihatinan dari seganap masyarakat. namun keprihatinan yang ditunjukkan sesetengah mereka bukan kerana simpati terhadap mangsa nahas tersebut tetapi lebih kepada ingin menghukum tanpaberfikiran dengan logik. Kita tidak seharusnya menyalahkan kereta yang terbabit kerana jenis kereta bukan penyebab kepada kemalangan, sebaliknya cara pemandu itu sendiri yang perlu disalahkan. Mereka tidak boleh menghukum atau mengadili sesuatu perkara sesuka hati mereka. Jangan hakimi jenis kereta tetapi hakimilah si pemandu tersebut. Sama juga seperti agama, jika seseorang melakukan jenayah, janganlah kita kutuk agamanya tapi hakimilah si penganut tersebut kerana sesuatu yang berlaku adalah berdasarkan sikap diri sendiri.

    ReplyDelete
  5. Sadly,some Malaysian society are like that.They easily blame others and become too emotional. Simply punishing the innocent ones which in this cases the others Myvi users. It shows that how narrow minded a person can be and irrational they are.

    ReplyDelete
  6. Pada pendapat saya, isu ini menjadi isu yang sedang hangat diperkatakan. Akibat kesalahan beberapa orang pemandu myvi, pemandu yang lain juga menerima tempiasnya. Dapat dilihat, tahap pemikiran rakyat pada masa sekarang sangat rendah dan mereka suka mengamuk tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain. dapat dilihat dalam media sosial seperti facebook komen-komen yang dilemparkan adalah dalam bentuk cacian dan banyak pemberi komen memberi hukuman sendiri malahan terdapat juga yang menggut untuk membunuh.

    ReplyDelete
  7. Maklum balas daripada masyarakat tentang kemalangan itu adalah petanda positif yang masyarakat prihatin dengan mangsa nahas tersebut. TETAPI, lebih banyak negatifnya daripada positif kerana pemikiran mereka yang tidak matang seperti yang dikatakan oleh Mariana telah menyebabkan pengguna-pengguna Myvi yang lain gerun untuk bergerak di jalan raya. Selain itu, pengguna Myvi ini seolah-olah menjadi mangsa buli oleh pengguna kereta di Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Bila sy membaca dan mendengar berita tentang kemalangan yang meragut nyawa 3 beranak dalam kemalngan di DUKE ini dan meninggalkan 2 anak perempuan sememang agak tragis serta kasihan .Tiba-tiba ank2 yang tidak berdosa menjadi yatim piatu atas kecuaian manusia lain. Walau bagaimana pun, kita sebagai masyarakat tidak seharusnya terus menghukum kesalahan orang lain secara melulu tetapi kita haruslah menyiasat sesuatu perkara itu dahulu dan berkaitan dengan pengguna kereta MyVi menjadi trauma akibat pandangan masyarakat yang sewenang-wenangnya membuat tanggapan semua pemandu MyVi berbahaya dan boleh memyebabkan kemalangan. Saya setuju dengan pendapat admin yang mgatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Masyarakat seharusnya brfikir secara profesional tentang isu2, semasa ini dan tidak seharusnya menjatuhkan hukuman kepada masyarakat lain yang tidak bersalah.

    ReplyDelete
  9. Kemalangan DUKE yang meragut 3 nyawa sekelurga begitu sungguh tragis dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak seperti artis dan juga pengguna media sosial seperti facebook yang begitu cepat dan pantas menyebarkan maklumat ini dalam laman sosial sehingga komen-komen yang dilemparkan dalam bentuk cacian dan banyak pemberi komen memberi hukuman sendiri malahan terdapat juga yang menggut untuk membunuh.Namun pada masa yang sama kita sebagai manusia yang memunyai akal fikiran,kita tidak boleh semudah itu untuk menghukum dan memaki hamun individu terlibat kerana kita mempunyai undang-undang biar lah pihak yang sepatutnya yang menentukan dan jangan lah semua pengguna myvi dipersalahkan.

    ReplyDelete