Sunday 10 May 2015

Cermin Mata Pintar



Sitti Rubinah Kintarasa 38888

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian..

            Entri saya pada kali ini adalah berkaitan dengan kewujudan cermin mata yang berteknologi tinggi. Pada awal januari  2015, terdapat kajian penciptaan cermin mata khas untuk kegunaan orang yang cacat penglihatan, apabila sudah terciptanya cermin mata untuk  orang cacat penglihatan  secara langsung anjing dan tongkat mungkin sudah tidak diperlukan oleh orang cacat penglihatan   sebagai petunjuk atau pun "mata kedua" bagi mereka.
            Berdasarkan kajian tersebut, penghasilan cermin mata khas untuk orang yang cacat penglihatan  dilengkapi oleh beberapa kamera stereoskopik kecil yang dimasukkan ke dalam lapisan cermin berkenaan kemudian pengguna tersebut dapat melihat dengan jelas apa sahaja objek di hadapan.


            Menurut pakar Universiti Oxford, Dr Stephen Hicks, alat bantuan melihat itu direka untuk menghalang seseorang yang berada dalam peringkat permulaan buta menjadi buta kekal. Pada masa yang sama juga beliau berkata bahawa alat bantuan khas untuk orang buta itu perlu menjalani beberapa ujian bermula Januari depan. Hal ini demikian kerana,  melibatkan 160 sukarelawan yang  bermasalah penglihatan di Oxford dan London.
            Selain itu, tujuan utama dalam penciptaan cermin mata ini adalah untuk membantu seseorang yang mempunyai masalah penglihatan dapat melihat dengan jelas, kos untuk memiliki sepasangan cermin mata ini adalah jauh lebih murah iaitu £600 (RM2,943) berbanding kos melahit anjing pemandu mencecah £30,000 (RM147,157) . 
Apakah pendapat anda tentang isu ini?

Rujukan:
http://www.sinarharian.com.my/global/cermin-mata-pintar-buat-si-buta

3 comments:

  1. Teknologi ini sangat berguna kepada mereka yang cacat penglihat. Hal ini secara tidak langsung teknologi dapat sejajar menstabilkan fokus pengguna. Seperti kita ketahui, jarang sekali teknologi dihasilkan bagi kemudahan mereka yang kurang upaya (O.K.U). Perkara ini satu yang positif kepada mereke kerana mereka juga akan dapat merasa bagaimana menjadi manusia biasa.

    ReplyDelete
  2. ya saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Airin Safaarina. hal ini demikian kerana, melalui penghasilan cermin mata tersebut merupakan hasil yang sangat berguna dan bermanfaat kepada golongan yang memerlukan walaupun harga yang ditetapkan agak mahal namun bak kata pepatah melayu " alah membeli menang memakai"

    ReplyDelete
  3. satu lagi ciptaan yang sangat berguna kepada masyarakat. Cermin mata ini akan bermanfaat kepada golongan yang memerlukan.

    ReplyDelete